Home Berita PAS Terengganu

11 Peniaga terima kunci kedai

26
SHARE

KUALA NERUS – Seramai 11 peniaga bertuah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir bersyukur kerana berjaya memiliki kunci kedai masing-masing setelah memohon sejak beberapa bulan lalu.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Mohd Fadhil Wahab berkata, peniaga yang telah terpilih hendaklah menjalankan perniagaan dan berusaha memelihara aspek-aspek bagi keselesaan pelanggan selain mutu makanan.

“Kedai bersih orang suka, tandas yang disediakan juga dikenakan sedikit bayaran bagi memastikan kebersihan terjaga.

“Kita jangka ramai lagi peniaga diluar sana akan bertanya pasal kedai ini memandangkan kadar sewa yang agak murah dan reka bentuknya cantik serta landskap yang menarik,” katanya dalam majlis penyerahan kunci terbabit baru-baru ini.

Seorang peniaga, Rozilawati Mat Yahya Ketika ditemui selepas majlis berkata, dia amat bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan negeri atas pemberian itu memandangkan keluarga mengalami masalah kewangan.

“Dengan adanya kedai ini saya akan kembali berniaga dan mohon penduduk flat Taman Batin Perdana sama-sama ‘support’ perniagaannya apabila dibuka nanti.

“Kadar sewa yang murah berbanding sebelum ini, menyewa dengan orang persendirian memang agak tinggi sikit lah,” jelasnya.

Berbeza dengan Asmawi Ismail, 40, dia ingin mencuba nasib dan berpendapat golongan peniaga mesti sanggup menghadapi risiko.

“Sebelum ini saya berniaga nasi ayam dan kali ini menu yang sama saya perkenalkan, melihat keadaan sekitar dan menawarkan harga yang rendah,” katanya.

Terdahulu, wakil PMINT, mengharapkan peniaga menjaga fasiliti itu dan tidak menjadikan stor merujuk kes yang berlaku sebelum ini yang ada peniaga mengambil kesempatan menjadikannya stor kerana kadar sewa murah.