Home Berita PAS Wilayah

10 pelajar PPR Gombak Setia terima bantuan tablet

161
SHARE

Oleh MUHAMAD ABDUL FATEH

WANGSA MAJU, 09 Ogos: PAS Kawasan Wangsa Maju hari ini menyerahkan tablet percuma kepada 10 orang pelajar dari golongan asnaf yang memerlukan di PPR Gombak Setia.

Bantuan diserahkan melalui kaedah pandu lalu di Pejabat Persatuan PPR Gombak Setia selaras dengan SOP semasa untuk pencegahan wabak COVID-19.

Menurut Penyelaras Parlimen Wangsa Maju, YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh (YB Kak Nuri), bantuan ini ialah daripada bajet kerajaan Perikatan Nasional yang menyediakan bantuan tablet dan capaian internet selama 6 bulan kepada keluarga yang layak.

“Inisiatif ini bertujuan membantu pelajar-pelajar mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) secara atas talian dengan lebih baik selain memudahkan tugasan yang berkaitan.

“Kerjasama yang dibuat bersama PAS Kawasan Wangsa Maju ini turut melancarkan penyerahan tablet ini,” katanya.

Dalam pada itu, Yang Dipertua PAS Wangsa Maju, Ustaz Abdul Rani Mohamad Daud menjelaskan bahawa 10 orang penerima ini dikenalpasti hasil kerjasama Persatuan Penduduk PPR Gombak Setia selain pengurusan sekolah sekitar Wangsa Maju,” jelasnya.

Hadir sama dalam penyampaian sumbangan tersebut ialah Setiausaha PAS Wangsa Maju, Hairul Anuar, Pegawai khas Pusat Khidmat Komuniti PAS Wangsa Maju, Ahmad Zikri Yazid, AJK Dewan Muslimat PAS Wangsa Maju dan wakil Persatuan Penduduk PPR Gombak Setia.