Sistem Waktu Bekerja Berlainan (WBB) yang diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dilihat sebagai langkah untuk mengurangkan waktu kerja panjang pegawai perubatan. Namun, adakah ia benar-benar sebuah solusi, atau sekadar menambah beban kepada mereka yang sudah sedia tertekan?
Masalah Kritikal WBB yang Tidak Boleh Diabaikan
๐ญ. ๐๐น๐ฎ๐๐ป ๐ข๐ป๐ฐ๐ฎ๐น๐น ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐ง๐ถ๐ฑ๐ฎ๐ธ ๐๐ฑ๐ถ๐น
Doktor yang bekerja shift malam hari biasa (3pm-9am) tidak diberikan elaun tambahan, walaupun mereka menghadapi tekanan kerja yang tinggi dan risiko burnout. Sistem ini menimbulkan ketidakadilan yang mendalam dan mengabaikan keperluan tenaga kerja perubatan yang kritikal.
๐ฎ. ๐๐ฒ๐ธ๐๐ฟ๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐ง๐ฒ๐ป๐ฎ๐ด๐ฎ ๐๐ฒ๐ฟ๐ท๐ฎ
Dengan pelaksanaan WBB, kekurangan tenaga kerja di hospital menyebabkan doktor dan jururawat menanggung beban kerja yang semakin berat. Doktor terpaksa bekerja dalam keadaan tertekan, yang akhirnya mengorbankan kesihatan fizikal dan mental mereka.
๐ฏ. ๐๐ฒ๐๐ฎ๐ป ๐ธ๐ฒ๐ฝ๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐ช๐ผ๐ฟ๐ธ-๐๐ถ๐ณ๐ฒ ๐๐ฎ๐น๐ฎ๐ป๐ฐ๐ฒ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐๐๐ฎ๐น๐ถ๐๐ถ ๐ฃ๐ฒ๐ป๐ท๐ฎ๐ด๐ฎ๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ฒ๐๐ฎ๐ธ๐ถ๐
WBB gagal memberikan keseimbangan antara kerja dan kehidupan peribadi yang dijanjikan. Keadaan ini tidak hanya menjejaskan kesejahteraan doktor, tetapi juga membahayakan keselamatan pesakit kerana keletihan boleh menyebabkan kesilapan klinikal yang serius.
๐๐๐๐๐ก๐๐๐ก ๐ฅ๐๐๐ข๐ฅ๐ ๐๐ฆ๐: ๐๐๐ ๐ ๐๐ข๐๐ง๐ข๐ฅ, ๐๐๐ ๐ ๐ฅ๐๐๐ฌ๐๐ง
๐ญ. ๐ฃ๐ฒ๐ป๐๐ฏ๐๐ต๐ฎ๐ป ๐ฆ๐๐ฟ๐๐ต๐ฎ๐ป๐ท๐ฎ๐๐ฎ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐ธ๐ต๐ถ๐ฑ๐บ๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐๐ถ๐ต๐ฎ๐๐ฎ๐ป
Suruhanjaya ini perlu menyemak semula status kontrak pegawai perubatan dan tenaga kerja kesihatan lain. Penambahan tenaga kerja seperti jururawat dan pembantu perubatan untuk mengurangkan beban kerja.
๐ฎ. ๐ฅ๐ฒ๐๐ถ๐๐ถ ๐๐น๐ฎ๐๐ป ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ท๐ถ
Naikkan elaun oncall samaada pada hari bekerja ataupun hari cuti sebagai balasan setimpal kepada kerja mereka dalam merawat pesakit. Semak semula gaji asas pegawai perubatan agar setanding dengan negara jiran seperti Singapura dan Australia.
๐ฏ. ๐ฃ๐ฒ๐ป๐ฎ๐บ๐ฏ๐ฎ๐ต๐ฏ๐ฎ๐ถ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ฆ๐ถ๐๐๐ฒ๐บ ๐๐ฒ๐ฟ๐ท๐ฎ
Sediakan waktu rehat mencukupi selepas oncall, terutamanya bagi jabatan kritikal seperti jabatan bius dan kecemasan.
๐ฐ. ๐ฃ๐ฒ๐น๐ฎ๐ฏ๐๐ฟ๐ฎ๐ป ๐ฑ๐ฎ๐น๐ฎ๐บ ๐๐ฒ๐ฏ๐ฎ๐ท๐ถ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ฒ๐ด๐ฎ๐๐ฎ๐ถ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐๐ฏ๐ฎ๐๐ฎ๐ป
KKM perlu menyediakan kemudahan sokongan seperti taska di hospital, bilik rehat yang selesa, makanan percuma, dan program sokongan mental untuk doktor.
๐๐ผ๐ธ๐๐ผ๐ฟ ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐๐ถ๐ต๐ฎ๐ฟ๐ด๐ฎ๐ถ, ๐ฅ๐ฎ๐ธ๐๐ฎ๐ ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐ฆ๐ถ๐ต๐ฎ๐
Kami percaya bahawa pegawai perubatan yang dihargai adalah asas kepada sistem kesihatan yang kukuh. Tanpa tindakan segera, WBB bukan sahaja akan menjejaskan kesejahteraan doktor, tetapi juga meruntuhkan keyakinan terhadap sistem kesihatan awam.
Oleh itu, kami menyeru KKM untuk:
1. Menangguhkan pelaksanaan WBB sehingga semua isu kekurangan tenaga kerja dan elaun oncall yang rendah diselesaikan.
2. Menubuhkan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan untuk memperbaiki status tenaga kerja kesihatan.
3. Melabur dalam kebajikan tenaga kerja kesihatan secara berterusan.
Kita memerlukan reformasi yang menyeluruh untuk memastikan tenaga kerja kesihatan kita dihargai dan rakyat mendapat penjagaan berkualiti. Doktor yang dihargai, adalah jaminan untuk rakyat yang sihat.
๐๐ฝ ๐ฟ๐ง ๐๐๐ฃ๐๐ ๐ช ๐๐ช๐๐๐ข๐ข๐๐ ๐๐๐ ๐๐ง๐ช๐๐๐๐ฃ
๐๐ฆ๐ต๐ถ๐ข ๐๐ข๐ซ๐ฏ๐ข๐ฉ ๐๐ฆ๐ด๐ช๐ฉ๐ข๐ต๐ข๐ฏ ๐๐ฆ๐ธ๐ข๐ฏ ๐๐ฆ๐ฎ๐ถ๐ฅ๐ข ๐๐๐ ๐๐ฆ๐จ๐ฆ๐ณ๐ช ๐๐ฆ๐ณ๐ฆ๐ฏ๐จ๐จ๐ข๐ฏ๐ถ
๐๐๐๐ ๐๐ถ๐ณ๐ข