Home Berita PAS Terengganu

𝗧𝗜𝗡𝗗𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗙𝗔𝗛𝗠𝗜 𝗙𝗔𝗗𝗭𝗜𝗟 𝗖𝗨𝗕𝗔 𝗝𝗘𝗝𝗔𝗦𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗣𝗔𝗗𝗨𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨

16
SHARE

Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) ingin meluahkan rasa dukacita terhadap tindakan memadam video perpaduan penduduk negeri Terengganu di medium TikTok (TT) tanpa sebarang sebab.

Tindakan pelik ini bukti ada tangan ghaib yang cuba untuk memburukkan rakyat negeri ini khususnya kepimpinan utama negeri iaitu YAB Dr. Sam.

Menurut pengkongsi video tersebut, video tersebut tidak menyentuh sebarang sensitiviti mana-mana pihak, bahkan jelas menyatakan kerajaan Terengganu cukup menjaga dan menghormati hak pengamal agama lain selain Islam.

Adakah ada arahan daripada Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil kepada pentadbiran TT untuk memadam video tersebut di platform mereka kerana cemburu terhadap perpaduan bangsa di negeri Terengganu.

Justeru itu, DPPNT menyeru kepada YB Fahmi Fadzil untuk menarik balik sekatan yang dibuat, sekiranya sekatan tersebut tidak ditarik balik. Jelas lagi bersuluh Menteri Komunikasi terlibat dalam menyekat perpaduan nasional di Terengganu.

𝙐𝙨𝙩𝙖𝙯 𝙈𝙪𝙝𝙖𝙢𝙢𝙖𝙙 𝙄𝙧𝙨𝙮𝙖𝙙 𝙎𝙮𝙖𝙛𝙞𝙦 𝘽𝙚𝙧𝙝𝙖𝙣𝙪𝙙𝙙𝙞𝙣
𝘒𝘦𝘵𝘶𝘢 𝘗𝘦𝘯𝘦𝘳𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘋𝘦𝘸𝘢𝘯 𝘗𝘦𝘮𝘶𝘥𝘢 𝘗𝘈𝘚 𝘕𝘦𝘨𝘦𝘳𝘪 𝘛𝘦𝘳𝘦𝘯𝘨𝘨𝘢𝘯𝘶
𝘌𝘹𝘤𝘰 𝘋𝘦𝘸𝘢𝘯 𝘗𝘦𝘮𝘶𝘥𝘢 𝘗𝘈𝘚 𝘔𝘢𝘭𝘢𝘺𝘴𝘪𝘢