Semalam tersebar berita berkenaan kenyataan Presiden UMNO, Dato Seri Zahid Hamidi ; ” Tiada kerjasama PAS-UMNO selagi Hadi Awang Presiden PAS”.
Dewan Pemuda PAS Terengganu rasa terpanggil untuk memulang paku buah keras kepada Presiden UMNO. Kami berpendirian “Tiada kerjasama PAS-UMNO selagi Zahid Hamidi Presiden UMNO.”
Dua sebab kenapa pendirian ini diambil ;
Pertama, masih terngiang-ngiang di telinga kami laungan bersemangat Zahid Hamidi dalam Perhimpunan Agung UMNO, “NO ANWAR, NO DAP”. Ironinya, Zahid yang angkat Anwar dan DAP membawa kepada kerajaan bermasalah hari ini.
Selagi UMNO dipimpin oleh manusia berlidah biawak, selagi itulah harapan penyatuan ummah akan tertangguh.
Kedua, Zahid tiada jiwa penyatuan ummah. Pertimbangan politik Zahid bukan berasaskan maslahah ummah tapi berasaskan kebebasan kes mahkamah.
Selagi UMNO dipimpin oleh manusia yang cacat integritinya, selagi itulah parti akan terus bermasalah.
๐๐จ๐ฉ๐๐ฏ ๐๐ค๐๐ ๐๐๐ง๐ช๐ฃ ๐๐จ๐
๐๐ฆ๐ต๐ถ๐ข ๐๐ฆ๐ธ๐ข๐ฏ ๐๐ฆ๐ฎ๐ถ๐ฅ๐ข ๐๐๐ ๐๐ฆ๐จ๐ฆ๐ณ๐ช ๐๐ฆ๐ณ๐ฆ๐ฏ๐จ๐จ๐ข๐ฏ๐ถ
๐๐น๐ค๐ฐ ๐๐ฆ๐ธ๐ข๐ฏ ๐๐ฆ๐ฎ๐ถ๐ฅ๐ข ๐๐๐ ๐๐ข๐ญ๐ข๐บ๐ด๐ชa