Home Berita PAS Terengganu

๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—”๐—๐—”๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—›-๐—•๐—ก ‘๐—•๐—จ๐—ง๐—” ๐—ช๐—”๐—ฅ๐—ก๐—”’: ๐—ž๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ง๐—”๐—”๐—ก ๐—ญ๐—”๐—›๐—œ๐—— ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—–๐—จ๐—ž๐—”๐—ก

83
SHARE

Dalam Program Permukiman Kementerian Kemajuan Dewa dan Wilayah(KKDW) semalam, Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi mengatakan โ€œKerajaan Madani โ€˜buta warnaโ€™ dalam melaksanakan program-program untuk memenuhi keperluan rakyat secara sama rataโ€. Mengeluarkan kenyataan yang melucukan sebegini menampakkan TPM masih belum beradaptasi sebaiknya dengan zaman dunia tanpa sempadan ini.

Menurut Zahid, Negeri SG4 menerima peruntukan lebih besar daripada KKDW berbanding negeri-negeri yang dikuasai kerajaan PH-BN. Sebelum menerimanya bulat-bulat, perlu kita fahami bahawa negeri SG4 ialah negeri pertanian dan merupakan peranan agensi bawah seliaan KKDW.

Logiknya sudah kita fahami faktor peruntukan KKDW banyak disalurkan kepada negeri SG4. Namun demikian, angka terperinci bagi jumlah peruntukan tidak dinyatakan. Maka, sukar untuk mendakwa bahawa nilainya adalah melebihi Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak. Lebih-lebih lagi, skrip ini sudah acap kali diulang dengan fakta yang terbukti tersasar.

Bahkan, persoalan pihak mana dan kelompok mana yang akan mendapat manfaat daripada peruntukan besar ini perlu diperincikan untuk melihat kewajaran tindakan PH-BN. Hal ini kerana, kita sedia maklum bahawa penduduk di tanah rancangan FELDA merupakan pengundi sasaran BN dalam Pilihanraya. Dan PRK Kemaman telah membuktikan bagaimana layanan Zahid kepada penduduk FELDA. Apa nak dihairankan?

Asasnya, peruntukan yang banyak daripada KKDW kepada SG4 tidak perlu dibangkitkan kerana ianya hampir serupa dengan peruntukan kepada Kementerian Wilayah Persekutuan. Bukankan kawasan yang dikuasai PH-BN banyak mendapat manfaatnya?

Jika benar Kerajaan PH-BN serius dalam pelaksanaan kesamarataan peruntukan, buktikannya melalui peruntukan kepada Ahli Parlimen PN yang dinafikan peruntukan dan salurkan hak royalti minyak yang terbukti milik Terengganu.

Barulah Zahid boleh mendabik dada bahawa kerajaan PH-BN benar-benar ‘buta warna’.

๐™๐™จ๐™ฉ๐™–๐™ฏ ๐™„๐™ง๐™จ๐™ฎ๐™–๐™™ ๐™Ž๐™ฎ๐™–๐™›๐™ž๐™ฆ ๐˜ฝ๐™š๐™ง๐™๐™–๐™ฃ๐™ช๐™™๐™™๐™ž๐™ฃ
๐˜’๐˜ฆ๐˜ต๐˜ถ๐˜ข ๐˜—๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜—๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ถ๐˜ฅ๐˜ข ๐˜—๐˜ˆ๐˜š ๐˜›๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ถ
๐˜Œ๐˜น๐˜ค๐˜ฐ ๐˜—๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ถ๐˜ฅ๐˜ข ๐˜—๐˜ˆ๐˜š ๐˜”๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜บ๐˜ด๐˜ช๐˜ข