Home Berita PAS Terengganu

𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗗𝗘𝗥𝗛𝗔𝗞𝗔 𝗠𝗘𝗦𝗧𝗜 𝗗𝗜𝗛𝗨𝗞𝗨𝗠

7
SHARE

Setelah siri kebobrokan yang terserlah secara sendirinya dan dapat dilihat oleh rakyat sejak tertubuhnya kerajaan selepas PRU-15, kini ia seolah-olah sudah menunjukkan wajah sebenar yang terselindung selama ini.

Dengan kerakusan kuasa yang diimpikan, diselubungi pula dengan kebencian dan dendam kesumat yang mendalam. Tiadalah menjadikan mereka, melainkan manusia ibarat “musang berbulu ayam.”

Segala perancangan dan gerak tari mereka ditutupi melalui agensi-agensi dan para pegawai sebagai pelaksana kepada agenda mereka, kononnya bagi mengelabui serta mengelirukan mata rakyat.

Hal ini saling tak tumpah seperti memperhambakan manusia semata-mata ingin memenuhi kehendak dan hawa nafsu yang sekian lama terpendam dan terhalang.

Sedikit demi sedikit, nilai dan identiti tanah berdaulat ini dikikis secara halus, termasuklah agama dan institusi raja yang menjadi asas kepercayaan negara.

Kini, tipu helah yang dibuat oleh mereka sendiri seakan memakan diri. Segalanya kini sudah terungkap, dan rakyat sudah dapat melihat wajah sebenar di sebalik topeng yang dipakai.
Apakah mereka terlupa bahawa bumi yang dipijak serta langit yang dijunjung ini mempunyai tuan empunyanya dengan kekuasaan yang termaktub, sama ada kepunyaan makhluk mahupun kepunyaan sang Pencipta?

Firman Allah SWT:
{ وَلِلَّهِ مَا فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِي ٱلۡأَرۡضِۚ يَغۡفِرُ لِمَن يَشَآءُ وَيُعَذِّبُ مَن يَشَآءُۚ وَٱللَّهُ غَفُورٞ رَّحِيمٞ }
Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Ia mengampunkan sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan menyeksa sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Surah Āli-ʿImrān: 129)

Apakah mereka merasa kebal sehingga tega membangkul sampah serta membelakangkan titah Tuanku yang dilindungi oleh perlembagaan?

Apakah mereka menyangka rakyat yang menjadi tuan empunya tanah berdaulat ini akan berdiam diri sambil menyaksikan kerosakan dan kehancuran yang dilakukan oleh mereka begitu sahaja?

Usahlah dicabar tahap kesabaran dan keikhlasan yang dibina selama ini demi keharmonian rakyat berbilang bangsa dan agama serta kesejahteraan negara tercinta.

Sabar kami ada hadnya. Baik kami ada batasnya. Usah dicabar kuasa dan hak yang ada. Takkan Melayu hilang di dunia. Membujur lalu melintang patah.

Ayuh anak muda!
Marilah sama-sama kita mengubah kerosakan dan kecelaruan ini tanpa mengira warna kepartian. Jika bukan kita, siapa lagi yang boleh diharapkan untuk membela agama, bangsa, dan tanah air tercinta?

Kerana Tuhan berfirman:
{ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِهِمۡۗ }
Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.
(Surah Ar-Raʿd: 11)

Bangkitlah mempertahankan maruah negara. Usah dibiarkan lagi sang penderhaka. Kelak kita yang merana.

Kepada pihak berkuasa dan berwajib, laksanakanlah tanggungjawab kamu dengan sebaiknya selari dengan ikrar dan janji demi bumi pertiwi.

Semoga dengan itu, Allah SWT akan memberikan taufik dan pertolongannya buat kalian dan kita semua demi kesejahteraan agama, bangsa, dan negara.

𝗬𝗕 𝗨𝘀𝘁𝗮𝘇 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗙𝗮𝗱𝗵𝗹𝗶 𝗥𝗮𝗵𝗺𝗶 𝗭𝘂𝗹𝗸𝗶𝗳𝗹𝗶
𝘈𝘋𝘜𝘕 𝘙𝘢𝘯𝘵𝘢𝘶 𝘈𝘣𝘢𝘯𝘨
𝘛𝘪𝘮𝘣𝘢𝘭𝘢𝘯 𝘒𝘦𝘵𝘶𝘢 𝘋𝘦𝘸𝘢𝘯 𝘗𝘦𝘮𝘶𝘥𝘢 𝘗𝘈𝘚 𝘕𝘦𝘨𝘦𝘳𝘪 𝘛𝘦𝘳𝘦𝘯𝘨𝘨𝘢𝘯𝘶