Home Berita PAS Terengganu

𝗞𝗔𝗘𝗗𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗔𝗬𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗟𝗜𝗞 𝗗𝗔𝗡 𝗔𝗝𝗔𝗜𝗕 𝗕𝗨𝗞𝗧𝗜 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗣𝗔𝗡𝗗𝗔𝗜 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗔𝗗𝗕𝗜𝗥

24
SHARE

Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) ingin meluahkan rasa dukacita terhadap takbir urus pentadbiran yang dilaksanakan oleh kerajaan Madani terhadap Kerajaan Terengganu dalam isu bayaran royalti kepada negeri ini.

Kaedah pentadbiran yang pelik telah diamalkan oleh Kerajaan Madani dalam membuat pembayaran secara terus kepada kontraktor yang telah mendapat tawaran kontrak daripada kerajaan Terengganu.

Hal ini menyebabkan kesukaran kepada penjawat awam negeri serta pusat dalam menjalankan tugas mereka sekaligus menganggu kelancaran pentadbiran kerajaan Terengganu.

Ibarat Lembu punya susu, Sapi dapat nama, itulah situasi kerja yang cuba diamalkan oleh kerajaan Madani dalam tadbir urus yang cacamarba.

Lebih malang lagi, semangat federalism dan sistem demokrasi negara juga turut diganggu gugat oleh kerajaan Madani terhadap pentadbiran kerajaan Terengganu apabila melaksanakan kaedah pembayaran pelik dan ajaib ini.

Tambahan pula, kenyataan mengelirukan telah dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan berhubung pembayaran royalti kepada negeri Terengganu merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab terhadap pentafsiran subsekyen 3(3) Akta 750.

Penetapan had laut wilayah negeri pada takat tiga batu nautika dari garis air surut yang mengecilkan sempadan negeri sepatutnya tidak boleh berkuasa melainkan dengan persetujuan negeri dan perkenan Majlis Raja-Raja.

Justeru itu, DPPNT menuntut agar kerajaan Madani dapat mengamalkan tabdir urus yang baik bagi menghormati semangat federalism antara negeri di Malaysia tercinta ini.

𝙐𝙨𝙩𝙖𝙯 𝙈𝙤𝙝𝙙 𝙃𝙖𝙧𝙪𝙣 𝙗𝙞𝙣 𝙀𝙨𝙖
𝘒𝘦𝘵𝘶𝘢 𝘋𝘦𝘸𝘢𝘯 𝘗𝘦𝘮𝘶𝘥𝘢 𝘗𝘈𝘚 𝘕𝘦𝘨𝘦𝘳𝘪 𝘛𝘦𝘳𝘦𝘯𝘨𝘨𝘢𝘯𝘶
𝘌𝘹𝘤𝘰 𝘋𝘦𝘸𝘢𝘯 𝘗𝘦𝘮𝘶𝘥𝘢 𝘗𝘈𝘚 𝘔𝘢𝘭𝘢𝘺𝘴𝘪𝘢