Home Berita PAS Terengganu

𝗕𝗘𝗟𝗔𝗦𝗨𝗡𝗚𝗞𝗔𝗪𝗔 𝗨𝗠𝗡𝗢 𝗣𝗥𝗨 𝟭𝟲

38
SHARE

Kenyataan perwakilan UMNO Terengganu dalam PAU 2024 kali ini begitu memandang rendah kepada tahap intelektual rakyat Terengganu dalam membuat pilihan pada PRU 15 baru-baru ini.

Kenyataan perwakilan UMNO itu seolah-olah menghina pilihan majoriti rakyat Terengganu yang telah menolak secara mutlak kepimpinan UMNO di Terengganu. Adakah rakyat Terengganu begitu murah dan tiada maruah kerana memilih PAS dan PN dengan alasan bantuan yang diterima daripada Kerajaan Negeri itu digelar sebagai rasuah?

Saya sebutkan beberapa perkara yang boleh kita lihat bersama,

𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗮
Bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Terengganu adalah perkara biasa yang dilaksanakan oleh kebanyakkan pentadbiran kerajaan Negeri di Malaysia. Adakah dengan memberi bantuan itu dikira rasuah? Kalau begitu, sepatutnya semua kerajaan hari ini tidak sah kerana memberi rasuah?

𝗞𝗲𝗱𝘂𝗮
Bantuan yang diberikan oleh kerajaan Terengganu ketika itu telah diluluskan dalam bajet tahun 2022 dan perlu diberikan kepada rakyat. BN yang desak untuk adakan pilihanraya tahun yang sama, adakah itu salah kami juga?

𝗞𝗲𝘁𝗶𝗴𝗮
Sekiranya memberi duit itu mengubah undi rakyat, kenapa UMNO ditolak oleh rakyat pada PRU 14 walaupun memberi bantuan? Ataupun ini semua sekadar alasan menyedapkan diri kerana tak mampu menerima hakikat bahawa rakyat telah menolak UMNO?

𝗞𝗲𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁
Penolakkan kepada UMNO bukan sahaja berlaku di negeri Terengganu sahaja, bahkan di seluruh Negara sehingga UMNO dimalukan dengan kekalahan paling teruk dalam sejarah walaupun pernah memerintah Malaysia selama 60 tahun lebih.

𝗞𝗲𝗹𝗶𝗺𝗮
Yang paling menariknya PRN negeri Terengganu telah menyaksikan 32 berbalas 0 di Terengganu walaupun ketika itu bantuan-bantuan terpaksa ditangguhkan kerana royalti telah disekat oleh PHBN sebagai Kerajaan Persekutuan

Berdasarkan segala apa yang telah disebutkan diatas, kita dapat buat kesimpulan bahawa UMNO perlu terima hakikat bahawa UMNO telah ditolak oleh rakyat di seluruh negara.

Ya! seluruh Negara, bukan Terengganu sahaja, bahkan Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO pun hanya menang secara nasib di parlimennya sendiri apabila majoritinya rendah berbanding dengan PRU sebelumnya.

UMNO sedar atau tidak bahawa UMNO yang ada dalam kerajaan hari ini pun adalah ihsan dari Pakatan Harapan terutamanya DAP.
Berhenti menyalahkan Terengganu dan berdiri diatas kaki sendiri sebelum ucapan “BELASUNGKAWA UMNO” bergema di seluruh Negara selepas PRU 16 nanti.

𝙈𝙪𝙝𝙖𝙢𝙢𝙖𝙙 𝙄𝙧𝙨𝙮𝙖𝙙 𝙎𝙮𝙖𝙛𝙞𝙦 𝘽𝙚𝙧𝙝𝙖𝙣𝙪𝙙𝙙𝙞𝙣
𝘒𝘦𝘵𝘶𝘢 𝘗𝘦𝘯𝘦𝘳𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘋𝘗𝘗𝘕𝘛
𝘌𝘹𝘤𝘰 𝘋𝘦𝘸𝘢𝘯 𝘗𝘦𝘮𝘶𝘥𝘢 𝘗𝘈𝘚 𝘔𝘢𝘭𝘢𝘺𝘴𝘪𝘢