Home Fastaqim

​Siren Bergema di Pantai Tok Jembal

5345
SHARE

KUALA NERUS, 30 Sept – Siren dibunyikan tanda rasminya Majlis Pelancaran Sukan Pantai Muslimat di Pantai Tok Jembal, Kuala Nerus. 
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Mohd Salleh sebentar tadi.

“Terima kasih kepada semua muslimin muslimat yang hadir dan menyertai Sukan Pantai Fastaqim 2.0 seterusnya menjayakan program ini. Semoga aktiviti ini memberikan manfaat kepada umat, tubuh badan dan khususnya kesihatan. 

Pepatah arab ada mengungkapkan bahawa ‘Akal yang sihat datang daripada tubuh badan yang sihat’. العَقْلُ السَّلِيْمُ فيِ الجِسِْم السَّلِيْمِ ” ujar Ustazah Nuridah di dalam Ucapan Perasmian beliau.

Selain itu juga, Ustazah Nuridah turut berpesan agar semua tetamu yang hadir dapat menjaga keselamatan daripada serangga, ranting kayu yang jatuh bertebaran dan menjaga juga keselamatan anak-anak kecil khususnya kepada ibu bapa yang membawa anak. 

Keriangan dan keterujaan terpancar di wajah anak-anak dan peserta yang menanti acara Sukan Pantai dimulakan. Selamat bertanding kepada semua!