Home Uncategorized

๐—ง๐—ฎ๐—ต๐—ป๐—ถ๐—ฎ๐—ต ๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐™‹๐™š๐™ง๐™จ๐™š๐™ ๐™ช๐™ฉ๐™ช๐™–๐™ฃ ๐—•๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ท๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ป ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿญ ๐™๐™š๐™ก๐™–๐™ ๐˜ฟ๐™ž๐™ก๐™ช๐™ก๐™ช๐™จ๐™ ๐™–๐™ฃ

347
SHARE

Tahniah Kerajaan Persekutuan Belanjawan 2021 telah diluluskan Pada 26 Nov 2020.

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah membuktikan bahawa mereka telah berjaya merangka belanjawan 2021 yang begitu komprehensif sekaligus dikatakan belanjawan yang mesra rakyat.

Kerajaan PN telah memberi jawapan yang paling tuntas terhadap suara rakyat dengan melengkapkan peruntukan yang dikira menyeluruh segenap lapisan rakyat tidak mengira bangsa atau agama.

Setiap ahli parlimen yang terlibat di dalam sesi perbahasan dilihat begitu memainkan peranan di dalam membahas peruntukan sehinggalah manfaat Bajet 2021 ini berjaya diluluskan.

Kejayaan ini bukan kejayaan yang terakhir. Kami yakin, banyak lagi kejayaan yang lebih membanggakan bakal dikecapi oleh kerajaan PN.

Kami dari Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah ingin mengucapkan tahniah kepada YAB Tan Sri Muhyidin Yasin dan seluruh ahli Parlimen, di atas kelulusan bajet ini.

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

Bajet2021

DemiIslam

MemimpinNegara

IslamMemimpinPerpaduan

Sektor Komunikasi & Strategik DPPNK