Home Rencana PAS Wilayah

𝗦𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗠𝗔𝗨𝗟𝗜𝗗𝗨𝗥 𝗥𝗔𝗦𝗨𝗟 𝟭𝟰𝟰𝟰𝗛/𝟮𝟬𝟮𝟮

105
SHARE

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Nabi Muhammad SAW adalah insan paling mulia dalam kalangan seluruh makhluk di muka bumi ini. Baginda SAW merupakan qudwah hasanah yang membawa kepada kebahagian hakiki dunia dan akhirat.
لَقَدۡ جَآءَكُمۡ رَسُولٞ مِّنۡ أَنفُسِكُمۡ عَزِيزٌ عَلَيۡهِ مَا عَنِتُّمۡ حَرِيصٌ عَلَيۡكُم بِٱلۡمُؤۡمِنِينَ رَءُوفٞ رَّحِيمٞ
”Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.” (At-Taubah: 128)

Sangat beruntung menjadi umat Nabi Muhammad SAW kerana Allah SWT meninggikan darjat kita sebagai umat

terbaik

dalam sekalian umat disebabkan kita mendapat rasul

terbaik

daripada kalangan para rasul sebelumnya.

كُنتُمۡ خَيۡرَ أُمَّةٍ أُخۡرِجَتۡ لِلنَّاسِ تَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَتَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ وَتُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِۗ..
“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).” (Âl-`Imrân: 110)
Walaupun tidak pernah hidup bersama bahkan tidak pernah berjumpa kekasih Allah ini, namun kita tetap perlu menyebarkan risalah Islam sebagai mata rantai perjuangan Baginda dengan melaksanakan amar ma’ruf nahi mungkar selagi nyawa di kandung badan.
وَلۡتَكُن مِّنكُمۡ أُمَّةٞ يَدۡعُونَ إِلَى ٱلۡخَيۡرِ وَيَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِۚ وَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ
“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.” (Âl-`Imrân: 104)
Tanda kita menyintai Rasulullah adalah dengan meneruskan perjuangan Baginda. Apa yang boleh kita lakukan? Antaranya:
1. Menuntut ilmu agama secara berterusan
2. Menunaikan kewajipan sebagai Muslim
3. Menghidupkan sunnah Baginda SAW
4. Melaksanakan tanggungjawab dakwah
5. Mencegah perkara mungkar dan batil
Mudah-mudahan kita tergolong daripada kalangan umat yang dapat duduk bersama Baginda SAW di akhirat nanti.
“Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran”
Salam Maulidur Rasul 1444H/2022
HAJI MD SHUKOR AZIZ
Yang DiPertua PAS Kawasan Bandar Tun Razak
9 Oktober 2022 |
12 Rabiul Awwal 1444H