Dalam landskap politik Malaysia yang dinamik, persoalan sama ada seorang ahli politik dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS) boleh menjadi Perdana Menteri sering menjadi omokan dan perbincangan dikalangan parti lawan dan komponen. Untuk memahami kemungkinan ini, kita perlu meneliti beberapa perkara utaman yang diperlukan untuk memegang jawatan tertinggi dalam kerajaan Malaysia.
1. Melayu dan Islam: Secara tradisi dan sejarah, jawatan Perdana Menteri di Malaysia dipegang oleh individu yang berbangsa Melayu dan beragama Islam. Ini adalah sejajar dengan demografi dan sensitiviti politik negara. PAS, sebagai sebuah parti yang berteraskan Islam, sememangnya memenuhi kriteria ini dengan kebanyakan anggota dan pemimpinnya terdiri daripada golongan Melayu Islam.
2. Hubungan Baik dengan Istana: Di Malaysia, hubungan yang baik dengan istana adalah penting. Raja-raja Melayu memainkan peranan penting dalam struktur politik negara, dan sokongan mereka kerap kali dilihat sebagai legitimasi tambahan kepada kepimpinan politik. Setakat pentadbiran PAS di 4 buah negeri hubungan yang harmoni dan saling menghormati dengan pihak istana telah berlaku bahkan PAS sentiasa menjunjung kedaulatan Institusi Diraja.
3. Adil dan Saksama: Seorang Perdana Menteri mesti dilihat sebagai adil dan saksama, tidak hanya kepada pengundi mereka, tetapi juga kepada seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Budaya politik matang dan sejahtera serta pemerintahan PAS di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis telah berjaya menunjukkan keadilan dalam pemerintahan tanpa ada sentimen balas dendam pada kerajaan terdahulu dan bantuan diagihkan pada yang layak tanpa mengira warna politik.
4. Kreatif Mencari Hasil untuk Negara: Kemampuan untuk merancang dan melaksanakan strategi ekonomi yang mampan adalah penting bagi seorang Perdana Menteri. Ini termasuk mencari sumber pendapatan baharu dan memperkukuhkan ekonomi negara. Penubuhan SG4, pemerkasaan industri REE, peningkatan hasil dan pelaburan di Kedah dan Terengganu menunjukkan kemampuan PAS untuk mentadbir dan mencari hasil yang baru untuk negara telah terbukti.
Secara keseluruhannya, tidak mustahil bagi seorang ahli politik dari PAS untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Dengan kepimpinan yang bijak, strategi yang berkesan, dan kerjasama yang erat dengan pelbagai pihak, PAS boleh memenuhi syarat-syarat ini dan berpotensi untuk memegang jawatan Perdana Menteri dalam Malaysia.
๐๐ฝ ๐ฟ๐ง. ๐๐๐ฃ๐๐ ๐ช ๐๐ช๐๐๐ข๐ข๐๐ ๐๐๐ ๐๐ง๐ช๐๐๐๐ฃ ๐๐๐ฃ ๐๐๐ฃ๐๐ ๐ช ๐๐ ๐๐๐ช๐ฏ๐
๐๐๐๐ ๐๐ถ๐ณ๐ข
๐๐๐ ๐๐ฆ๐ธ๐ข๐ฏ ๐๐ฆ๐ฎ๐ถ๐ฅ๐ข ๐๐๐ ๐๐ฆ๐จ๐ฆ๐ณ๐ช ๐๐ฆ๐ณ๐ฆ๐ฏ๐จ๐จ๐ข๐ฏ๐ถ