Home Berita PAS Terengganu

โ€œ๐—๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฐ๐˜‚๐—ฏ๐—ฎ ๐—ต๐—ฒ๐—ฟ๐—ฒ๐˜ ๐—ด๐˜‚๐—ฟ๐˜‚ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฟ ๐˜€๐—ฒ๐—ธ๐—ผ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฐ๐—ฎ๐—ธ๐—ป๐—ฎ ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—ถ๐˜€๐˜‚ ๐—ฃ๐—ฎ๐—น๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ถ๐—ปโ€

50
SHARE

Saya merasa kesal terhadap beberapa orang pemimpin politik yang bertaraf menteri,apabila mengambil sikap secara terang-terangan mengecam guru dan pelajar sekolah yang memakai pakaian tanda bersolidariti bersama Palestin.

Tindakan menuduh guru dan pihak sekolah menerapkan budaya yang ekstremis dan keganasan apabila pihak sekolah melaksanakan minggu solidariti palestin ini,ia merupakan satu tuduhan yang amat berat.

Minggu solidariti Palestin yang dianjurkan oleh KPM merupakan salah satu inisiatif yang baik bagi memberi kefahaman tentang apa yang berlaku ke atas umat islam Palestin.

Pelajar sekolah perlu diberikan hak mereka untuk mengetahui situasi sebenar yang berlaku agar pelajar-pelajar yang lahir ini tidak mudah terpengaruh dengan ideologi barat sehingga isu kemanusian ini dianggap isu yang remeh.

Kenyataan yang keluarkan oleh beberapa pemimpin politik ini tidak sepatutnya,kerana pemimpin yang bertaraf menteri ini seharusnya menyatakan kebersamaan negara Malaysia untuk terus bersama dan mengecam sekeras-kerasnya tindakan zionis yang dilakukan terhadap umat Islam di Palestin.

Akhirnya,saya ingin menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk terus menyatakan solidariti dan kebersamaan kita bersama umat islam di bumi Al Aqsa. Mereka adalah saudara kita,mereka adalah ibu kita,mereka adalah ayah kita. Mana mungkin kita boleh berdiam diri saat saudara kita ditindas. Teruskan berdoa dan menyumbang kepada tabung-tabung yang digerakkan bagi membantu mereka disana.

โ€œKhaibar, Khaibar Ya Yahud, Jaysu Muhammad Saufa Yaโ€™udโ€

YB Ustaz Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu
Ketua Dewan Pemuda PAS Dungun
ADUN Rantau Abang