Home Kenyataan Media PAS Wilayah

ππˆπ‹πˆπ‡π€ππ‘π€π˜π€ 𝐏𝐁𝐓: 𝐀𝐆𝐄𝐍𝐃𝐀 𝐃𝐀𝐏 π‹π„πŒπ€π‡πŠπ€π πŒπ„π‹π€π˜π”-πˆπ’π‹π€πŒ

44
SHARE

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengambil serius cadangan yang dikemukakan oleh Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan, Tan Kok Wai mengenai usaha melaksanakan pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan di WP.
Komitmen yang ditunjukkan oleh DAP yang mendominasi Pakatan Harapan (PH) tentang pelaksanaan pilihan raya PBT ini bukanlah bermula hari ini. Sebaliknya, seruan-seruan ini telah mula dilaungkan semenjak mereka mula mendapat kuasa pasca PRU-12 pada tahun 2008 apabila mereka menguasai Pulau Pinang dan Selangor.
Bahkan, kerajaan negeri Pulau Pinang pernah memfailkan petisyen untuk memulakan prosiding saman terhadap Kerajaan Persekutuan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada tahun 2013 bagi membolehkan pilihan raya PBT dilaksanakan di negeri Pulau Pinang.
Keseriusan DAP dalam memperjuang agenda pilihan raya PBT ini begitu mencurigakan apabila mereka kononnya ingin mengembalikan integriti dalam kalangan ahli PBT dan memperjuang prinsip β€˜tiada cukai tanpa perwakilan’. Sedangkan kes rasuah banglo dan terowong bawah laut masih juga disenyapkan oleh DAP sendiri.
Rupa-rupanya, apabila diteliti perjalanan isu ini secara mendalam. Usaha DAP sebenarnya adalah untuk memastikan kawalan mereka terhadap ahli majlis PBT di bandar-bandar utama negara dapat dikuasai sepenuhnya oleh mereka khususnya di Kuala Lumpur dan Selangor yang memiliki pendapatan yang besar.
Pelaksanaan pilihan raya PBT juga akan menyebabkan berlakunya polarisasi kaum yang lebih hebat dan ketara antara penduduk bandar dan luar bandar. Polarisasi ini bukan sekadar penguasaan terhadap hasil-hasil ekonomi sesebuah bandar malahan juga kuasa politik melayu-Islam akan dihakis dan dilemahkan secara sistematik oleh DAP.
Jika sekiranya perkara itu berjaya dilakukan oleh DAP, DPPWP menyatakan kebimbangan mengenai potensi rusuhan kaum untuk tercetus semula yang pernah menjadi sejarah hitam buat negara Malaysia pada tahun 1969 dahulu. Kawalan kaum minoriti terhadap kaum majoriti akan menatijahkan bom jangka seperti ini.
DAP juga perlu diingatkan mengenai penglibatan ramai masyarakat Melayu-Islam dan India yang turut menyumbang kepada kerancakan ekonomi di bandar-bandar majoriti Cina walaupun mereka tidak menetap di dalam bandar tersebut. Jangan diketepikan kedudukan mereka.
Maka, proses pelantikan ahli PBT tidak memerlukan sebarang pilihan raya yang akan membazirkan lagi duit rakyat. Sebaliknya, DAP tunjukkanlah kepada rakyat komitmen mewujudkan integriti di dalam ahli PBT dengan menggunakan kuasa sedia ada melantik ahli majlis yang kompeten, berkelayakan dan berintegriti walaupun dari parti lain.
Akhirnya, DPPWP menegaskan sekali lagi tentang bahaya cadangan yang dikemukakan oleh pihak DAP. Rakyat mesti disedarkan dengan agenda DAP tersebut yang boleh merosakkan hubungan antara kaum dengan lebih hebat lagi.
β€œπΊπ‘’π‘›π‘’π‘Ÿπ‘Žπ‘ π‘– π‘†π‘’π‘—π‘Žβ„Žπ‘‘π‘’π‘Ÿπ‘Ž 𝑀𝑒𝑛𝑔𝑖𝑠𝑖 πΎπ‘’π‘šπ‘’π‘›π‘Žπ‘›π‘”π‘Žπ‘›β€
π€π™πŒπ„π‘ π’π˜π€π™π–π€π 𝐁𝐈𝐍 π€π‡πŒπ€πƒ π’π”ππ€π‘πŒπˆπ
Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutua