Home Artikel PAS Wilayah

Ziarah Prihatin Keluarga Mualaf

65 views
SHARE

Lembah Pantai, Ahad 12 November 2017- Sebuah keluarga yang kini tumpang berteduh di sebuah surau yang ditinggalkan mendapat perhatian PAS kawasan Lembah Pantai. Tokoh masyarakat, Tuan Hj.Fauzi merangkap Bendahari PAS kawasan melawat keluarga berkenaan pada pukul 6.30 petang.

Mohd Ramani b.Abdullah,39 tahun merupakan seorang mualaf serta isteri dan 4 orang anaknya sebelum ini tinggal di sebuah kuil sebelum dibawa keluar untuk tinggal sementara di surau berkenaan.

Terdapat usaha daripada pihak tertentu bagi mendapatkan sebuah rumah untuk mereka tetapi hingga kini masih belum ada jawapan.

Tuan Haji Fauzi dalam lawatannya, sempat meluangkan masa untuk mengajar tatacara solat yang betul dan memperbaiki bacaan dalam solat mereka sekeluarga. Pada masa yang sama, beliau turut memberi sedikit pengisian serta dorongan semangat kepada mereka untuk terus mendalami ajaran agama Islam.

Katanya lagi,permohonan bantuan kewangan daripada baitulmal telah dilakukan bagi membantu meringankan beban keluarga ini. Mohd Ramani juga telah ditawarkan untuk mengikuti Hidayah Centre Foundation dalam usaha membantunya bagi mempelajari Islam dengan lebih mendalam. Pada masa yang sama, anak-anaknya bakal ditempatkan di sekolah berdekatan untuk meneruskan pembelajaran mereka pada tahun hadapan.

Diharapkan keadaan keluarga ini dapat diringankan pada masa akan datang.