Home Artikel PAS Wilayah

Ziarah Kebajikan Dekati Rakyat | PAS Lembah Pantai

74 views
SHARE

Lembah Pantai, 14 November 2017 – PAS Kawasan Lembah Pantai telah mengadakan ziarah kebajikan dalam usaha memberikan khidmat kepada masyarakat setempat.

Tokoh masyarakat, yang juga Bendahari PAS Kawasan Lembah Pantai, Tuan Haji Fauzi berkata pihaknya sentiasa cakna akan permasalahan yang dihadapi rakyat.

Turut bersama dalam rombongan ziarah Kebajikan PAS Lembah Pantai pada kali ini ialah, Timbalan Yang Dipertua nya, telah meluangkan masa menziarahi keluarga saudara Shahfirul Mohd Hanafi yang mengalami tulang belakang patah, paru-paru bocor dan rusuk retak akibat kemalangan 10 November lalu.
Mangsa memerlukan RM14 000 bagi pembedahan memasang besi di tulang belakang bagi membolehkan beliau berjalan semula.

Namun, kesempitan kewangan menjadi kebimbangan memandangkan tempoh pembedahan semakin hampir tetapi jumlah wang terkumpul masih belum mencukupi.

Selanjutnya, rombongan turut menziarahi saudara Idris Abdullah yang juga mengalami kemalangan beberapa hari lepas dan menyebabkan patah kaki, rahang dan hidung.

Beliau merupakan pengedar setia akhbar Harakah di sekitar Lembah Pantai.

“Pihak PAS Kawasan Lembah Pantai akan berusaha dari masa ke semasa untuk memberi khidmat dan menghulur sumbangan mengikut keperluan dan kemampuan yang ada bagi membantu masyarakat khusus nya pengundi Lembah Pantai yang berdepan dengan ujian hidup yang datang secara tidak diduga ujar Tuan Haji Fauzi.