Home Artikel PAS Johor

Ustaz Abdullah Rai Ulama’ Besar India Di Johor

161 views
SHARE

TEBRAU – Adun Puteri Wangsa, Ustaz Abdullah Husin telah meraikan ulama besar India, Prof Dr Bahaudden Muhammad Nadwi dalam satu majlis zikir di Kampung Batu 19, Ulu Tiram, di sini kelmarin.

Kehadiran Pesuruhjaya PAS Negeri Johor itu sekali gus sebagai menyambut sahabat sepengajiannya semasa menuntut di Nadwatul Ulama, Lucknow Uttar Paradesh, India suatu ketika dahulu.

Mereka juga mendapat bimbingan sama dari pengasas pusat pengajian tinggi Islam itu yang juga tokoh besar dunia Islam, Almarhum Maulana Abul Hasan Ali An-Nadwi.

Prof Dr Bahaudden yang juga Naib Canselor Universiti Islam Darul Huda, Karala dalam rangka lawatannya ke negeri Johor untuk bersama dalam pelbagai aktiviti khususnya masyarakat India Muslim.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Pegawai Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam Johor, Ustaz Dr Azman Muhsin yang telah mengimamkan solat Maghrib berjamaah.