Home Artikel PAS Selangor

Usrah Bulanan Guru PASTI Kawasan Serdang

30 views
SHARE

Oleh: Muhammad Faiz Mukmin
Kajang, 7 Oktober 2017 – Usrah di dalam PAS adalah nadi yang membina fikrah para ahlinya untuk terus istiqamah menggerakkan dakwah Islamiyyah di negara ini.

Sesuai dengan matlamat ini, pihak Majlis Guru PASTI (MGP) yang diketuai Puan Norlela Binti Ibrahim telah mengambil langkah untuk mengadakan usrah buat semua guru PASTI Kawasan Serdang secara bulanan. Ia merupakan satu method untuk menghimpunkan seluruh pendidik PASTI kawasan ini.

Program ini telah dimulai dengan pendaftaran para guru PASTI dan sesi munajat  sebelum usrah bulanan berjalan.

Bagi usrah bulan oktober,  Cikgu Mohd. Sani bin Mohamed Saleh telah dijemput sebagai penceramah untuk memberi pengisian dan taujihat buat para pendidik PASTI di Kawasan Serdang. Usrah kali ini mengupas tajuk Awlawiyat, Thiqah, Wala’ Dan Taat Dalam Perjuangan Islam.
Pihak penganjur berharap agar para guru dapat mengekalkan momentum untuk terus hadir ke usrah pada masa akan datang dan merakamkan ucapan terima kasih pada semua yang terlibat dalam usrah kali ini.