Home Kenyataan Media PAS Kelantan

Usaha pelaksanaan KJS sejak 27 tahun

44 views
SHARE
 USAHA ke arah melaksana Kanun Jenayah Syariah (KJS) di Kelantan dimulakan sejak 1993 apabila enakmen tersebut dilulus pada persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan (Dun).Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, usaha tersebut dilakukan secara berperingkat-peringkat sejak 27 tahun lalu.

Katanya, ia diteruskan lagi dengan menubuh Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kelantan yang sebelum ini diletak di bawah seliaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik).

Kata beliau langkah itu dilakukan dengan tujuan bagi menjamin kewibawaan, integriti dan ketelusan pentadbiran yang meliputi penguatkuasaan, pendakwaan serta kehakiman di Kelantan.

“Kerajaan negeri juga mempersiapkan Kanun Jenayah Syariah dan sekarang menunggu lampu hijau dari kerajaan Persekutuan yang mempunyai kuasa mutlak dari segi perundangan.

“Alhamdulillah persediaan telah dilakukan, kita harap mudah-mudahan usaha kita ini dipermudahkan untuk fasa pelaksanaan nanti,” katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Hududullah peringkat negeri di Medan Ilmu Jalan Dato’ Pati hari ini.

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun), Dato’ Abdullah Ya’kob; anggota-anggota Exco, Dato’ Nassuruddin Daud; Dato’ Mohamed Fadzli Hassan dan Pengarah Jaheik, Dato’ Che Mohd Rahim Jusoh. – HARAKAHDAILY 29/12/2017