Home Artikel PAS Terengganu

Urusan Ulamak PAS DUN Air Putih Anjurkan Munajat Perdana

871 views
SHARE

Ustaz Abdul Hadi sedang sampaikan kuliah Subuh

AIR PUTIH, 18 Jun – Urusan Ulamak PAS DUN Air Putih (UUPDA.P) dengan kerjasama MTD Air Putih dan Masjid Pasir Minal telah melaksankan arahan Munajat Perdana DUPNT pada 23 Ramadhan dan 27 Ramadhan 1438H.

Majlis ini bermula seawal pukul 3.30 pagi dengan qiamullail dan disusuli dengan zikir munajat diimamkan oleh Ustaz Abdul Hadi Bin Salleh di sini.

Makanan sahur turut disediakan oleh pihak penganjur bagi meraikan para peserta Munajat Perdana. Majlis diakhiri dengan kuliah subuh oleh Ustaz Abdul Hadi selaku Unit Kemasyarakatan UUPDA.P dengan Tadabbur Surah Al-Qadr.

Turut hadir menyerikan majlis, Ustaz Syed Salim Bin Tuan Kuning selaku Pengerusi Masjid Pasir Minal, Cikgu Abdul Razak Bin Ibrahim selaku Pengarah MTD Air Putih dan Encik Ismail Bin Harun selaku anggota Ikatan Mantan Adun dan MP Parlimen (Imam) Terengganu.

{jathumbnail off}