Home Kenyataan Media PAS Sarawak

Ucapan Timbalan Ketua DMPN Sarawak

35 views
SHARE

Selamat Menyambut Hari Malaysia dari Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak

DMPN Sarawak ingin merakamkan ucapan Selamat Menyambut Hari Malaysia 2017 kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan rakyat Negeri Sarawak khususnya dan Malaysia amnya.

Erti kemerdekaan yang sebenar menuntut kepada penghayatan serta pengorbanan dalam membebaskan pemikiran dan juga tindakan kepada pengabdian selain daripada pengabdian kepada Allah. Justeru, DMPNS mengajak seluruh umat ini mengabdikan diri hanya kepadaNya semata-mata tanpa ragu sepertimana yang diperintahkan.

Firman Allah SWT dalam surah Al Nahl ayat 36 yang bermaksud :

“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): Sembahlah Allah (saja) dan jauhilah Thaghut itu”, …

DMPNS sentiasa komited dan istiqamah dalam mempertahankan kesucian Islam dan kedaulatan serta kemerdekaan negara. Nabi juga menyarankan kecintaan kepada negara justeru kerana ianya sebahagian dari iman.

Semangat cintakan negara perlu direalisasikan dalam ertikata saling membantu dalam melakukan ketaatan dan mencegah kemungkaran.

DMPNS juga akan terus menyarankan agar sentiasa kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah dalam usaha-usaha kita membentuk masyarakat dan negara ke arah keharmonian dan kesejahteraan. Marilah kita sama-sama berazam membina negara Malaysia yang sejahtera bersama Islam.

Selamat Hari Malaysia!

#SejahteraBersamaIslam
#MuslimatMemacuKemenangan

Ustazah Juwairiyah
Timbalan Ketua
Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak