Home Artikel Dewan Ulamak PAS Pusat

Tiada Sebab Tolak Keadilan Islam

443 views
SHARE

TIADA SEBAB TOLAK KEADILAN ISLAM

Oleh : PPU Ibnu Roslan

MERU,- Amanat yang diberikan oleh Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang kini masih segar di ingatan ketika disampaikan beliau di Himpunan Perak Istiqomah 12K (HIMMAH 12K) di Padang Bandar Meru Raya, Ipoh pada 3 Februari yang lalu.

Beliau menegaskan bahawa umat Islam khususnya perlu melibatkan diri untuk menjadikan Islam memerintah negara sementara orang bukan Islam jangan takut dengan pemerintahan Islam.

“Kalau dahulu kita boleh terima ideologi-ideologi barat, kenapa kita tak boleh terima Islam pula ketika ini”, katanya.

Beliau turut menambah bahawa negara Malaysia telah lama dijajah dengan pemerintahan cara barat termasuk negeri Perak yang telah lama dipaksa mengikut pentadbiran barat ini dengan menandatangani Perjanjian Pangkor suatu ketika dahulu.

“Perak melahirkan ramai tokoh-tokoh PAS…kalau kita menang di Perak, insha Allah kita boleh menang di negeri lain juga”, ujarnya lagi yang disambut dengan laungan takbir.