Home Artikel PAS Selangor

Taqarrub : Antara Usaha Menang PRU-14

169 views
SHARE

BANGI – Dewan Muslimat PAS Serdang telah mempergiatkan program munajat di semua peringkat cawangan sebagai persediaan menghadapi PRU-14 akan datang.

Ketua Muslimat DMPS, Puan Hamsatul Hamzah telah memperingatkan seluruh muslimat PAS Serdang untuk meningkatkan pergantungan kepada Allah disamping meneruskan gerak kerja pilihanraya yang telah disusun secara terperinci oleh PAS Kawasan.

“Setiap jentera di semua peringkat perlu meningkatkan usaha dari segi pergantungan kita kepada Allah dengan bermunajat dan mengamalkan zikir-zikir harian yang telah ditetapkan oleh pihak Dewan Muslimat PAS Malaysia,

“Mudah-mudahan dengan usaha kita ini, Allah membuka hati para pengundi untuk memlilih pemimpin yang adil dan mempertahankan perjuangan Islam di dalam PRU14 akan datang.

Munajat ini perlu dipergiatkan disamping tidak mengenepikan usaha-usaha lain di dalam gerakkerja pilihanraya seperti sesi ziarah dan memberi penerangan kepada para pengundi mengenai tawaran PAS sepertimana yang terkandung di dalam Dokumen Hijau dan Wawasan Induk Negara Sejahtera.”