Home Artikel PAS Sabah

Tangan Macik Nawar terpaksa diikat

112 views
SHARE

TAWAU : ” Tangannya terpaksa ku ikat, sebab nanti dia cabut hos di hidungnya ” kata suami Macik Nawar ,  kepada  AJK Muslimat PAS Kawasan Tawau yang datang menziarahi mereka pada hari Sabtu , 7 Oktober baru-baru ini di Kampung Rancangan Batu 22 Balung.

Pernah Macik Nawar mencabut hos di hidungnya sendiri tanpa pengetahuan suaminya, syukur suami Macik Nawar sedar dan segera mengejarkan Macik Nawar ke hospital Besar Tawau dengan menyewa kereta dengan bayaran rm50.00.

Keadaan dua warga emas ini amat menyedihkan. Suami Macik Nawar tidak bekerja kerana menjaga isterinya. Menurut beliau pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan, namun mungkin disebabkan faktor usia, beliau susah untuk mendapat pekerjaan.

Mereka mendapat rm300 sebulan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, namun jumlah tersebut tidak mencukupi memandangkan Macik Nawar perlu kepada rawatan-rawatan susulan dan terpaksa minum susu melalui hos yang disambung ke hidung. Sebulan Macik Nawar memerlukan 4 tin susu.

Dengan itu, PAS Kawasan Tawau dan Lajnah Kebajikan Dewan Muslimat PAS Kawasan Tawau diketuai oleh Puan Siti Arfa Asrisal telah menziarahi dan memberi sedikit sumbangan kepada mereka bagi meringankan sedikit ujian yang ditanggung.

” Inshaa Allah, kita akan berusaha menambah bantuan kepada Macik Nawar dan suaminya , dengan itu kami mengajak orang ramai agar dapat menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada pasangan ini atau memberi terus kepada kami untuk di sampaikan kepada mereka ” Kata Puan Siti Arfa .

Macik Nawar dan suami mempunyai rumah sendiri di Kg Andrasy, namun situasi mereka berdua yang amat perlukan penjagaan khususnya dari ahli  keluarga , apalagi kerana mereka tidak mempunyai anak.  Mereka telah diajak tingal bersama adik Macik Nawar di Kg Rancangan Batu 22 Balung.

AJK Pas Kawasan Tawau menyampaikan sumbangan kepada suami macik Nawar

Turut hadir dalam siri Lawatan MOSWA ini adalah Ustazah Muliani Jam Jam Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Tawau dan Suheymi Yusril , pengerusi Ameerah PAS Kawasan Tawau.