Home Artikel PAS Johor

Tamrin Qiadi 2018 Dewan Muslimat PAS Kawasan Muar

161 views
SHARE

MUAR : Dewan Muslimat Pas Kawasan Muar di bawah Lajnah Tarbiyah telah mengadakan program Tamrin Qiadi 2018 bertempat di Desastay Santai D’sawah, Parit Serong, Muar, Johor pada 2-3 Februari 2018.

Program yang bermula selepas asar ini telah dihadiri oleh semua Ajk DMPK Muar, MGP Kawasan Muar, Ameerah Muar, Briged Muslimat Muar, ketua-ketua cawangan dan ahli-ahli muslimat Pas Kawasan Muar.

Antara pengisian program ialah solat berjemaah, bacaan Yasin dan zikir munajat serta Kuliah Dasar 1 oleh Ustaz Muhidir Tamjis dengan tajuk “Sirah Rasulullah Qudwah Hasanah” . Kemudian diikuti dengan Kuliah Dasar 2 bertajuk “Tarbiyah dan Pilihanraya” oleh Puan Zhuliana Ambok Dalik, Ketua Lajnah Tarbiyah Dewan Muslimat Pas Negeri Johor.

Acara di hari kedua adalah taujihat khas untuk guru-guru Pasti bertajuk “Guru Pasti Dan Tanggungjawab Kepada Jemaah” oleh Puan Fatimah Ismail, Timbalan Ketua Muslimat Pas Negeri Johor. Banyak info terkini dan kata-kata semangat diberikan agar seluruh ahli muslimat dapat lebih bergerak aktif terutama bagi menghadapi PRU 14.

Pengarah Program Tamrin Qiadi 2018, Ustazah Nur Suriati Zakaria menjelaskan beliau berharap program tahunan DMPK Muar ini dapat mengeratkan ukhuwah sesama ahli muslimat dari pelbagai sayap dan cawangan di Parlimen Muar.

Program yang turut mendapat kerjasama pihak Jabatan Amal Muar ini berakhir pada jam 11.30 pagi dengan perasmian penutupnya oleh YDP Kawasan Muar, Tn Haji Abd Aziz Talib.