Home Kenyataan Media Presiden PAS

Takziah Kepada Keluarga Mangsa Anak Tahfiz Darul Quran Ittifaqiah, Kuala Lumpur

4 views
SHARE

TAKZIAH KEPADA KELUARGA MANGSA ANAK TAHFIZ DARUL QURAN ITTIFAQIAH, KUALA LUMPUR


Bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS), saya dengan penuh rasa sedih dan simpati mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan pihak pengurusan Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiah, Kuala Lumpur di atas musibah yang menimpa.

Sesungguhnya sifat sabar dan bersangka baik dengan ketentuan Allah di atas ujian ini merupakan salah satu ciri-ciri orang yang beriman.

Marilah kita meredhai pemergian anak-anak pelajar dan mendoakan mereka yang matinya dalam keadaan yang baik sebagai penghafaz Al-Quran ditempatkan bersama golongan syuhada’ dan orang-orang yang soleh.

“Sejahtera Bersama Islam”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 23 Zulhijjah 1438 / 14 September 2017

{jathumbnail off}