Home Kenyataan Media Presiden PAS

Takziah Di Atas Pemergian Prof. Emeritus Dato’ Dr. Hj. Shahnon Ahmad

199 views
SHARE

 

PAS merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Prof. Emeritus Dato’ Dr. Hj. Shahnon Ahmad yang telah kembali ke rahmatullah di Hospital KPJ Kajang pagi tadi.

Sebagai rakyat Malaysia, kita berterima kasih dan berbangga di atas jasa beliau yang ditumpahkan dalam dunia kesusasteraan negara. Pada masa sama, PAS berterima kasih atas jasa dan pengorbanannya kepada perjuangan PAS khususnya sebagai Ahli Parlimen PAS bagi kawasan SIK tahun 1999.

Marilah kita mendoakan ruh almarhum ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan amalannya diterima oleh Allah. Semoga ahli keluarga dan kaum kerabatnya menghadapi ujian ini dengan penuh sabar dan tabah. Setiap jiwa yang hidup pasti akan mati.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 7 Rabiul Akhir 1439 / 26 Disember 2017