Home Tadabbur Al-Quran

Tadabbur Al Quran Siri 25/2018

49 views
SHARE

 

*๐Ÿ““Tadabbur Al Quran๐Ÿ““*
_Siri 25/2018_

*SURAH AL-KAHFI: MUSA DAN PENGEMBARAAN ILMU: 71-73*

๐Ÿ–‹ *Firman Allah SWT serta terjemahannya :*

ููŽุงู†ู’ุทูŽู„ูŽู‚ูŽุง ุญูŽุชูŽู‘ู‰ ุฅูุฐูŽุง ุฑูŽูƒูุจูŽุง ูููŠ ุงู„ุณูŽู‘ูููŠู†ูŽุฉู ุฎูŽุฑูŽู‚ูŽู‡ูŽุง ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฃูŽุฎูŽุฑูŽู‚ู’ุชูŽู‡ูŽุง ู„ูุชูุบู’ุฑูู‚ูŽ ุฃูŽู‡ู’ู„ูŽู‡ูŽุง ู„ูŽู‚ูŽุฏู’ ุฌูุฆู’ุชูŽ ุดูŽูŠู’ุฆู‹ุง ุฅูู…ู’ุฑู‹ุง (ูงูก)

_Maka berjalanlah keduanya, hingga tatkala keduanya menaiki perahu, lalu Khidir melubanginya. Musa berkata, “Mengapa kamu melubangi perahu itu yang akibatnya kamu menenggelamkan penumpangnya? Sesungguhnya kamu telah berbuat sesuatu kesalahan yang besar._

ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฃูŽู„ูŽู…ู’ ุฃูŽู‚ูู„ู’ ุฅูู†ูŽู‘ูƒูŽ ู„ูŽู†ู’ ุชูŽุณู’ุชูŽุทููŠุนูŽ ู…ูŽุนููŠูŽ ุตูŽุจู’ุฑู‹ุง (ูงูข)

_Dia (Khidir) berkata, “Bukankah aku telah berkata, ‘Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sabar bersama dengan aku’._

ู‚ูŽุงู„ูŽ ู„ูŽุง ุชูุคูŽุงุฎูุฐู’ู†ููŠ ุจูู…ูŽุง ู†ูŽุณููŠุชู ูˆูŽู„ุง ุชูุฑู’ู‡ูู‚ู’ู†ููŠ ู…ูู†ู’ ุฃูŽู…ู’ุฑููŠ ุนูุณู’ุฑู‹ุง (ูงูฃ)

_Musa berkata, “Janganlah kamu menghukum aku kerana kelupaanku dan janganlah kamu membebani aku dengan sesuatu kesulitan dalam urusanku.”_

๐Ÿ“– *Tafsir Ringkas :*

1.ย Ayat ini adalah permulaan kepada kembara Nabi Musa dan Khidir. Pada siri yang lepas Khidir memberitahu agar Nabi Musa a.s tidak dibenarkan bertanya soalan apabila melihat sesuatu yang janggal yang dilakukan oleh Khidir sehingga diterangkan perkara sebenar kepadanya.

2. Perkara pertama yang dilakukan pada permulaan perjalanan mereka ialah Khidir menebuk perahu yang dipinjam lalu lubang itu ditutup semula dengan papan.

3. Melihat kejadian pelik itu, Nabi Musa a.s rasa terkejut lantas bertanya kepada Khidir, tetapi Khidir mengingatkannya kembali mengenai perjanjian mereka sebelum kembara mereka (tidak boleh bertanya soalan).

4. Musa kemudiannya meminta maaf atas kekhilafannya kerana terlupa dan alpa akan janji yang telah dilafazkan.

๐ŸŽ€ *Pengajaran :*

1.ย Kita harus bersabar dalam mempelajari ilmu dan tidak bersikap gopoh gapah dan tidak mengambil jalan singkat dalam mempelajari ilmu di samping patuh kepada ajaran dan nasihat guru.

2.ย Kita mestilah menghormati guru yang menyampaikan ilmu dan mengikuti petunjuk dan arahannya serta tidak terburu-buru.

3. Kita haruslah menepati janji dan tidak memungkirinya.

4.ย Antara adab menuntut ilmu ialah tidak bertanyakan soalan yang menyusahkan hati guru atau mencabar kebijaksanaan guru. Jika perlu mintalah izin dahulu untuk bertanya.

5. Jangan terlalu cepat menghukum guru sekiranya tindakannya tidak berapa sesuai menurut pandangan kita. Segeralah memohon kemaafan dengan merendah diri kepadanya. Mudah-mudahan beroleh keberkatan ilmunya.

๐Ÿ“š *Rujukan :*
Tafsir Ibnu Kathir

Disusun oleh :
*Lajnah Dakwah DMPM dengan kerjasama Ameerah dan Lajnah Dakwah DMPK Gombak*
_19 Januari 2018_ / _2 Jamadilawal 1439_