Home Artikel PAS Perak

Sukaneka PASTI Pupuk Semangat Kesukanan Kalangan Pelajar

16 views
SHARE

Sukaneka PASTI Pupuk Semangat Kesukanan Kalangan Pelajar

KAMUNTING: Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Nurul Haq telah menganjurkan sukaneka PASTI yang telah diadakan di Padang Taman Hadapan PASTI Nurul Haq, Taman Mewah ,Kamunting, 8 Oktober lalu.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Penyelaras DUN Kuala Sepetang , Tn. Haji Rahim Ismail.

Tuan Haji Rahim dalam ucapannya berkata , harapannya kepada ibubapa murid-murid untuk sama-sama memastikan anak-anak PASTI mendapat pendidikan asas Islam yang baik bagi persediaan mereka dimasa hadapan yang pastinya akan menguji keimanan dan akidah mereka nanti.

Acara yang melibatkan pelajar PASTI dan ibu bapa tampak meriah dengan kehadiran begitu ramai ibubapa dan kaum keluarga pelajar PASTI Nurul Haq.

Acara untuk anak-anak PASTI bermula dengan beberapa acara seperti lari 50 meter lelaki dan perempuan, lari berhalangan, tarik bola dengan gelung dan bawa bola ping pong menggunakan sudu. Acara untuk kanak-kanak dewasa dan ibu bapa turut diadakan .

Acara yang bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir kira-kira pukul 11.30 pagi.