Home Artikel PAS Sabah

SUKANEKA PASTI KENINGAU 2017 LAKAR SEJARAH TERSENDIRI

117 views
SHARE

8.10.2017 AHAD
Oleh : Arimain Juhari
KENINGAU – Pusat Asuhan Tunas Islam Keningau melakar sejarah tersendiri apabila berjaya melaksanakan sukaneka menggabungkan ketiga-tiga PASTI di Keningau iaitu PASTI As-Sharif, PASTI Al-Falah dan PASTI Ar-Rahim. 
Acara yang diadakan di perkarangan Masjid At-Taqwa, Keningau itu menampilkan beberapa acara. Antaranya ialah lari di dalam guni, bawa bola pingpong dalam sudu, bawa pundi kacang, lari membawa bola dan beberapa acara terbuka yang lain. Keunikan sukaneka PASTI Keningau  pada kali ini apabila turut dimeriahkan lagi dengan acara perbarisan oleh anak-anak PASTI yang merupakan acara baharu dan pertama kali diwujudkan. Acara ini bermula seawal jam 8 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari. 
Pengerusi PASTI Keningau Saudara Yusof Che Mood dalam temubual bersamanya menyifatkan bahawa sukaneka pada kali ini telah melakar sejarah yang tersendiri kerana untuk pertama kalinya ketiga-tiga PASTI Keningau bergabung memeriahkan acara tahunan itu. Beliau juga turut merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak khususnya ibubapa dan guru-guru yang bertungkus lumus melatih pelajar-pelajar untuk persediaan acara ini.
PASTI Keningau merupakan pusat asuhan yang menyediakan akses pendidikan prasekolah berasaskan keperluan pendidikan islam yang memberi fokus kepada ilmu, iman dan akhlak serta pendidikan Al-Quran disamping tidak melupakan aspek psikomotor kanak-kanak. 
Hadiah-hadiah berupa medal dan pelbagai hadiah lain yang menarik minat murid-murid telah disediakan oleh pihak penganjur.  Gerai-gerai kecil turut dibuka dengan aneka jualan produk seperti kuih muih, air minuman, kemeja T, dan ais krim. Tidak ketinggalan gerai Bank Rakyat Cawangan Keningau yang menawarkan produk kewangan selain cabutan bertuah berupa hamper. 
Pengarah acara Sukaneka PASTI Keningau, saudara Yusob Azizan turut merakamkan ucapan terima kasih kepada barisan jawatankuasa pelaksana yang bertungkus lumus untuk memastikan kelancaran acara pada hari ini. Beliau berharap kejayaan penganjuran sukaneka pada kali ini mampu diteruskan pada masa-masa akan datang.
Sukaneka PASTI Keningau 2017 telah berjaya dilaksanakan dengan cemerlang serta mencapai matlamatnya penganjurannya.
Inilah Penyelesaian Kita
Istiqamah Hingga Kemenangan