Home Artikel Dewan Ulamak PAS Pusat

Solusi Sejahtera Untuk Rakyat, GST Bukan Agenda PAS

349 views
SHARE

Oleh PPU Muhamad Fiqri

Kepala Batas: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) komited dalam membawa agenda penyelesaian masalah urus tadbir negara.

Menurut Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, “PAS ada alternatif yang lain melalui Dokumen Hijau dan melalui kaedah sejahtera. Dalam manifiesto kita akan bentangkan penyelesaian sendiri. Kita akan gantikan GST.”

Beliau berkata demikian, dalam sidang media Amanat Presiden PAS, PAS Tawan Permatang Pauh.

Dokumen Hijau merupakan gagasan PAS bagi menyelesaikan masalah ekonomi berkaitan perlaksanaan GST, Kejatuhan Mata Wang Ringgit dan Kenaikan Kos Sara Hidup.

Ini membuktikan keseriusan PAS dalam membawa solusi sejahtera dalam menyelesaikan masalah negara yang membebankan rakyat.