Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

Skuad Prihatin: Ziarah Keluarga Puan Nur Ain

169 views
SHARE

Skuad Prihatin: Ziarah Keluarga Puan Nur Ain

29 Ogos 2017, Cheras : Skuad Prihatin Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) malam tadi bersama beberapa orang wakil dari LKK Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) dan juga wakil dari Muslim Care Malaysia (MCM) telah membuat ziarah kebajikan ke rumah Puan Nur Ain di Taman Bukit Pandan, Cheras Kuala Lumpur.

Suami beliau, Encik Faizal yang sebelum ini dilaporkan terlibat dalam kemalangan jalanraya dan menyebabkan tangannya patah serta memerlukan kos yang besar untuk pembedahan tulang tangannya. Berikutan itu juga, Encik Faizal kini tidak dapat melakukan apa-apa pekerjaan dan tanggungjawab sepenuhnya dipikul oleh isterinya Puan Nur Ain. Dalam menjaga 3 orang anak yang masih kecil, Puan Nur Ain gagahi juga untuk berniaga nasi lemak di dalam but keretanya demi mencari rezeki untuk keluarganya.

Malam tadi merupakan ziarah kedua dari pihak LKK DMPM ke rumah mereka.  Turut serta dalam ziarah kali ini ialah Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia iaitu Ustazah Nuridah Mohd Salleh, team Skuad Prihatin iaitu Dr. ‘Uyun merupakan Ketua LKK DMPM  dan bersama-sama  AJK LKK DMPM Puan Zurina dan Puan Khadijah Mahmud.

Selain itu juga, turut hadir wakil dari LKK DPPNS iaitu Ustaz Azwar dan juga 2 orang lagi wakil dari MCM.Jelas terpancar keceriaan di wajah Puan Nur Ain dan juga En Faizal semasa menerima kunjungan pihak LKK DMPM, LKK DPPNS dan MCM. Dalam ziarah tersebut, Ustazah Nuridah telah menyampaikan sedikit sumbangan mewakili LKK DMPM. Wakil MCM juga turut sama menyampaikan sumbangan kepada pasangan suami isteri tersebut.Semoga Allah memberi kesembuhan dan kelapangan rezeki kepada hamba yang Allah uji kerana cintaNya kepada mereka.

Dengan kesempatan ini juga, LKK DMPM mengucapkan rasa syukur dan jutaan terima kasih kepada para penyumbang yang dermawan. Sumbangan ikhlas dari penyumbang telahpun sampai kepada pihak yang memerlukan. LKK DMPM juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan di atas kepercayaan Tuan Puan yang dermawan dalam menjayakan misi kebajikan dan kemasyarakatan ini.

Justeru itu, LKK DMPM juga mengalu-alukan kepada para dermawan yang budiman untuk terus memberi sokongan dan sumbangan bagi meneruskan misi Kebajikan dan Kemasyarakatan ini dengan jayanya. 

Sumbangan boleh disalurkan ke Akaun Dewan Muslimat PAS Pusat: MAYBANK: 5640 2540 0711 

SMS/Whatsapp slip sumbangan kepada:

Dr. ‘Uyun : 019 – 357 7502
Puan Zurina : 014 – 306 9141
Saudari Zuriati : 019 – 204 9434
Saudari Oyeen : 019 – 590 2381

 

Semoga ianya menjadi saham terbesar kita di akhirat kelak. Jazakumullah khairan katheera.

 

FB : https://www.facebook.com/LKKDMPM/#KamiPrihatin
#SkuadPrihatinDewanMuslimatPAS
#SejahteraBersamaIslam
#MuslimatMemacuKemenangan

{jathumbnail off}