Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

Skuad Prihatin Ziarah Banjir di Perlis

34 views
SHARE

Pada 23 September 2017 yang lalu, Skuad Prihatin Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) telah mendapat perkhabaran bahawa beberapa kawasan di Negeri Perlis telah dilanda banjir.

Sehubungan dengan itu, pihak LKK DMPM dengan serta merta telah melancarkan tabung kecemasan bagi membantu keluarga yang menerima ujian tersebut. Poster sumbangan kecemasan banjir telah tular di laman sosial di seluruh Negara.

Alhamdulillah, dengan kutipan sumbangan dari orang ramai tersebut, dengan izin Allah jua telah memudahkan dan melancarkan misi bantuan banjir kepada penduduk yang dilanda banjir. Sedikit sebanyak juga telah dapat mengurangkan bebanan yang mereka alami.

Pada 5 Oktober 2017 baru-baru ini, Skuad Prihatin berkesempatan menziarahi beberapa buah rumah yang terlibat dengan banjir. Dalam ziarah tersebut juga, pihak Skuad Prihatin juga telah menyampaikan sumbangan hasil kutipan dari orang ramai yang dermawan.

Turut serta dalam ziarah tersebut ialah wakil DMPM iaitu Ustazah Nuridah Mohd Salleh selaku Ketua DMPM, AJK-AJK DMPM Puan Kartini, Puan Norhafiza dan Saudari Nuri Muhammad. Selain itu juga Pimpinan PAS dari tuan rumah juga bersama mengiringi ziarah tersebut iaitu, Tuan Jamil B Kamis selaku Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Bintong, Pengarah Jabatan Amal Negeri Perlis, Tuan Amirul Jufri B Mat Saman, Ketua DMPK Kangar, Puan Hasmayati Bt Che Me dan AJK LKK Negeri Perlis.

Sebanyak 10 buah keluarga telah diziarahi. Dari ziarah tersebut anggaran kerugian yang dilihat adalah dalam sekitar RM600 ke RM2000. Allahu Ta’ala A’lam.

Pihak Skuad Prihatin juga menyampaikan ucapan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada para dermawan yang telah menyampaikan sumbangan banjir ini melalui LKK DMPM. Alhamdulillah, Jakamullahu khair katheera.

Bagi yang ingin terus menyumbang, sumbangan boleh di salurkan ke akaun:

💰 Dewan Muslimat PAS Pusat :

🐯 MAYBANK: 5640 2540 0711

📱 SMS/Whatsapp slip sumbangan kepada:

Dr. ‘Uyun : 019 – 357 7502
Puan Zurina : 014 – 306 9141
Saudari Zuriati : 019 – 204 9434
Saudari Oyeen : 019 – 590 2381

Semoga dengan sumbangan anda, ianya menjadi saham terbesar kita di akhirat kelak. InsyaAllah, Jazakumullah Khair Katheera. Siiru ‘ala Barakatillah.

Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Malaysia

#KamiPrihatin
#MuslimatMemacuKemenangan
#SejahteraBersamaIslam