Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

Skuad Prihatin Pahang Ziarah Cikgu M. Shukrimun Dan Isteri

345 views
SHARE

18 Januari 2018, Temerloh : Sudah menjadi lumrah hidup berjemaah dalam sebuah bahtera, ibarat satu tubuh manusia. Apabila ada satu anggota badan yang sakit, maka seluruh anggota badan juga akan terasa sakit. Semalam seluruh ahli dan penggerak PAS di seluruh Malaysia dikejutkan oleh berita yang telah ditularkan di ‘group Whatsapp’ di mana, dua orang aktivis PAS yang juga merupakan pasangan suami isteri telah dikejarkan ke Hospital kerana serangan jantung secara tiba-tiba di RNR Temerloh semasa dalam perjalanan pulang dari program jemaah.

Sedikit kronologi ringkas yang disampaikan oleh anak kepada dua aktivis tersebut iaitu Cikgu M. Shukrimun b. Shamsudin iaitu Bendahari PAS Terengganu merangkap YDP PAS Kawasan Kuala Nerus merupakan seorang penggerak PAS yang aktif dengan gerak kerja jemaah. Menurut anak beliau, pada 15 Januari, selepas Subuh dia dan isterinya Puan Normaizan bt. Hashim yang pada ketika itu kurang sihat, telah bertolak ke Pahang dan Kuala Lumpur untuk menghadiri mesyuarat dan program, diiring oleh dua orang anak mereka. Cikgu M.Shukrimun menghantar isterinya yang juga merupakan setiausaha Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu (LKK DMPNT) di Pahang terlebih dahulu untuk menghadiri program di sana sebelum beliau meneruskan perjalannya ke Kuala Lumpur untuk menghadiri mensyuarat.

Pada 16 Januari, keadaan Puan Normaizan menurut anaknya semakin tidak bermaya dan tidak mampu untuk bangun selepas tamat program. Anak-anaknya mengajak untuk berehat dulu di Bangi, namun Cikgu Shukrimun ingin menghantar terus isterinya ke Hospital Terengganu. Manakala Cikgu Shukrimun pada ketika itu masih kelihatan sihat dan cergas sehingga tamat program. Sekitar pukul 3 petang Cikgu Shukrimun memulakan perjalanannya balik ke Terengganu dengan ditemani salah seorang anaknya. Setibanya di RNR Temerloh kira-kira pukul 5 petang dia mula diserang sakit jantung dan sekitar pukul 6 petang ambulans sampai untuk membawanya ke Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh, Pahang.

Di Hospital yang sama juga, Puan Normaizan terus dibawa anaknya untuk berjumpa dengan doktor memandangkan keadaan beliau yang semakin tidak bermaya. Kedua-dua suami isteri kemudiannya di tahan di zon merah di bahagian kecemasan sebelum Puan Normaizan dimasukkan ke wad ICU. Manakala Cikgu Shukrimun dikhabarkan sudah stabil dan dipindahkan ke wad biasa.

Hari ini, rombongan ahli jawatnkuasa (AJK) Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) Dewan Muslimat PAS Negeri Pahang (DMPNP) telah berkesempatan menziarahi Cikgu Shukrimun dan isterinya Puan Normaizan. Alhamdulillah, Cikgu Shukrimun kelihatan semakin stabil dan sudah boleh bercakap manakala Puan Normaizan masih berehat dan keadaannya masih seperti semalam. Sama-sama kita teruskan berdoa agar Puan Normaizan diberi kesembuhan.

Dalam ziarah itu juga, Puan Faizah Zainal, AJK LKK DMPNP telah menyerahkan sedikit sumbangan buat dua permata jemaah PAS tersebut kepada menantu mereka iaitu Puan Mukminah.