Home Artikel PAS Kedah

Siapakah ‘Gerhana’ ?

681 views
SHARE

Tersengeh saya apabila membaca buku Bajet 2018 yang dibentangkan dalam Dewan Undangan Negeri Kedah oleh Menteri Besar kerana beliau menyifatkan kerajaan pimpinan al marhum Tan Sri Ustaz Azizan b Abdul Razak sebagai gerhana.

Persoalannya, kerajaan pimpinan siapakah yang gerhana? Kerajaan Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat diketuai PAS?

Kerajaan negeri Kedah ketika ditadbir oleh kepimpinan yang ditunjangi oleh PAS memperlihatkan mutu pengurusan yang dirasai rakyat kedah hingga ke hari ini. Antara sumbangan PAS semasa tempoh penggal pemerintahan mendapat pujian daripada Ketua Audit Negara apabila berjaya mengendalikan hasil hutan dengan baik. Almarhum juga meninggalkan legasi pembangunan modal insan yang cemerlang setelah berjaya mewujudkan Maahad Tahfiz Sains Darul Aman; serta pembangunan infrasruktur dan fizikal KUIN yang memberi impak peningkatan nilai hartanah di Kuala Ketil, Baling. Selain itu, ramai yang memuji sistem pengurusan Hotel Adya, Langkawi termasuklah Timbalan Menteri Pelancongan baru2 ini adalah sebuah hotel yang dibina semasa zaman pemerintahan Pakatan mengetengahkan konsep hotel berteraskan syariah.

Rakyat bijak menilai siapakah yang gerhana sebenarnya, BN atau Pakatan pimpinan PAS? Dan kini, PAS bersama Gagasan Sejahtera.

PAS yakin dengan prestasi serta idea2 baru, rakyat akan memandatkan PAS pada PRU akan datang sebagai parti yang menerajui kerajaan.

DR Ahmad Fakhruddin bin Sheikh Fakhrurazi
23 Nov 2017