Home Kenyataan Media Presiden PAS

Seruan Untuk Ahli PAS Hadir Ke Fastaqim 2.0 

4,302 views
SHARE

Firman Allah SWT:

يُرِيدُونَ لِيُطۡفِ‍ُٔواْ نُورَ ٱللَّهِ بِأَفۡوَٰهِهِمۡ وَٱللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِۦ وَلَوۡ كَرِهَ ٱلۡكَٰفِرُونَ ٨ الصف.

“Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).” (Surah As-Saff: 8)

Gelombang Hijau yang dibawa oleh PAS adalah gelombang kebangkitan rakyat bersama PAS untuk kembali mempertahankan Islam dan menyelamatkan negara dengannya.

Pendekatan kita adalah menyatukan kepelbagaian kaum berkonsepkan masyarakat madani dengan menghormati hak Islam untuk diamalkan dan memberi jaminan keadilan untuk masyarakat bukan Islam serta menentang sikap chauvinis dan perkauman sempit yang diamalkan oleh parti-parti tertentu.

Maka dengan ini, saya menyeru seluruh ahli PAS di segenap peringkat dan pelosok negeri, kawasan dan cawangan untuk hadir ke Fastaqim 2.0 di Pantai Tok Jembal, Terengganu pada 29 hingga 30 September 2017 bagi menunaikan janji dan taat setia kepada perjuangan Islam dan keazaman untuk menyelamatkan negara tercinta ini.

Semoga segala pengorbanan untuk perjuangan Islam dan usaha bagi memastikan kemenangannya diberi ganjaran setimpal di sisi Allah SWT. Saya mendoakan para peserta selamat dalam perjalanan dan memandu berhati-hati  di jalanraya dengan penuh berhemah.

“Sejahtera Bersama Islam”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 4 Muharram 1439 / 25 September 2017