Home Kenyataan Media PAS Negeri Sembilan

Sembah Takziah Atas Kemangkatan Adinda Kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus.

68 views
SHARE

SEMBAH TAKZIAH ATAS KEMANGKATAN ADINDA KEPADA YANG DI-PERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.

BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI, NEGERI SEMBILAN.

Mewakili Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri, Negeri Sembilan merafak sembah takziah atas kemangkatan Adinda kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tunku Deanna binti Tuanku Munawir, yang telah mangkat pada jam 4.24 petang pada hari Khamis, 9 November 2017M bersamaan 19 Safar 1439H di Pusat Pakar Damansara.

Seluruh rakyat merafak sembah takziah dan kehilangan Almarhumah amat dirasai. Semoga roh Almarhumah Tunku dicucuri rahmat dan ditempatkan oleh Allah SWT dalam kalangan para solehah serta bersama dengan golongan yang diredhai Allah SWT.

USTAZ HAJI MUSTAFFA DAHARUN
Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan.

10 Oktober 2017M / 19 Safar 1439H