Home Kenyataan Media PAS Sarawak

Selamat Menyambut Hari Malaysia dari PAS Sarawak

2 views
SHARE

PAS Sarawak ingin merakamkan ucapan Selamat Menyambut Hari Malaysia 2017 kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan rakyat Negeri Sarawak khususnya.

Erti kemerdekaan yang saban tahun kita sambut harus benar-benar kita hayati agar semangat cintakan negara akan terus tersemat dalam sanubari. PAS komited dalam mempertahankan kesucian Islam dan kedaulatan serta kemerdekaan negara sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaannya.

Zaman ini, erti Merdeka perlu dilihat dari segi penjajahan moden dalam bentuk minda dan teknologi. Semangat cintakan negara perlu dilihat dalam erti menyelamatkan masyarakat dari keruntuhan akhlaq dan masalah gejala sosial yang kian meruncing.

Ayuh kita terus berusaha bersama untuk menyelamatkan Malaysia dengan membina peribadi dan syakhsiah masyarakat yang baik. PAS Sarawak menyeru marilah kita membina Malaysia Sejahtera dengan Islam ke arah membentuk negara Baldatun Tayyibatun Wa Rabbun Ghafur.

Selamat Hari Malaysia!

Tuan Hj Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS Sarawak