Home Artikel PAS Sarawak

Sekampit Beras Beri Seribu Makna

114 views
SHARE

BINTULU, 4 Feb : Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakat Dewan Muslimat PAS Kawasan Bintulu (LKK DMPKB) telah menganjurkan program “Sekampit Beras Buat Saudaraku” di sini.

Program ini diadakan untuk menyampaikan sumbangan kepada golongan miskin di sekitar Bintulu dan merapatkan hubungan masyarakat dengan PAS.

Penerima bantuan ini telah berkumpul di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di Bintulu bersama-sama ahli PAS yang lain. Kebanyakan penerima merupakan golongan ibu tunggal yang telah hilang tempat bergantung.

Seramai 12 buah keluarga telah menerima bantuan ini. Penerima menyatakan rasa gembira di pihak mereka kerana masih ada pihak yang prihatin dengan kesusahan yang dialami mereka.

Bantuan ini telah disampaikan oleh Puan Habshah Binti Bakar, Naib Pengerusi Lajnah Pembangunan Wanita dan Keluarga Dewan Muslimat PAS Malaysia. Turut mengiringi beliau, Ustazah Juliani Adin iaitu Ketua Muslimat Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak.

Ketua LKK DMPKB, Doktor Hasanah menyatakan kegembiraan beliau dalam menjayakan program ini dan berharap LKK DMPKB dapat terus memainkan peranan kepada masyarakat untuk membantu dan menyantuni golongan kurang berkemampuan pada masa akan datang.

Sesungguhnya ini merupakan bukti awal bahawa PAS sangat komited untuk perlaksanaan prinsip WINS yang ke 4 iaitu “Pembangunan Sosial dan Ekonomi adalah Tanggungjawab Bersama” yang merupakan salah satu prinsip daripada 10 prinsip yang ada.

PAS, komited membentuk dan membina sebuah Negara sejahtera menjelang 2051.

Oleh : Laila Mamat