Home Artikel PAS Sabah

RIDE” QIAMULAIL ARC Keningau bersama SERI Tahfiz Al-Ilmi membantu mengumpulkan dana sekolah

168 views
SHARE


Tenom – Ride Qiamulail ARC bersama  SERI Tahfiz Al-Ilmi yang diadakan pada hari ini merupakan program amal yang dapat memupuk semangat kerjasama, dalam melakukan kerja-kerja kebajikan.

Konvoi bermotor yang bermula dari Keningau ke Tenom itu telah menarik minat anak muda untuk menyertainya. Setiba sahaja di Masjid Ar-Rahman, Tenom, peserta konvoi bersolat jemaah  bersama masyarakat setempat dan ahli qariah masjid. Program yang bertujuan untuk mengumpul dana SERI Tahfiz Al-Ilmi itu sarat dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat.

Antaranya, program ARC bersama SERI Tahfiz Al-Ilmi ini diteruskan dengan sesi Ceramah Khas Bersama Ustaz Hj. Haziq Ab. Rahman dan sesi penerangan mengenai pembangunan sekolah yang disampaikan oleh Ustaz Awang Addy Daud selaku Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah SERI Tahfiz Al-Ilmi.

Aktiviti ini juga mendapat kerjasama baik daripada Ahli Jawatankuasa Masjid Ar-Rahman Tenom dalam menyediakan kemudahan tempat menginap dan juga ruang aktiviti BBQ.

Selain itu, qiamulail merupakan antara pengisian aktiviti yang bertujuan mendoakan kejayaan anak-anak yang akan menghadapi UPSR 2017. Pengisian lain ialah kuliah subuh yang disampaikan oleh Ustaz Abd Muein Mohd Nor diikuti majlis penutupan dan penyampaian cenderahati kepada pihak Pengerusi Masjid Ar-Rahman Tenom yang disampaikan oleh pengarah program Saudara Ustaz Yusuf Che Mod.

Menurut Pengarah Program Qiamulail ARC bersama SERI Tahfiz Al-Ilmi Saudara Ustaz Yusuf Che Mod program seperti ini merupakan wadah yang terbaik untuk mendekatkan ARC Keningau dengan masyarakat khususnya berkaitan kerja-kerja kebajikan. Kejayaan program kali ini adalah merupakan kerjasama daripada semua pihak.

Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada ahli kelab ARC dan SERI Tahfiz Al-Ilmi yang sanggup meluang masa untuk menjayakan program pada kali ini.

‘Inilah Penyelesaian Kita’
‘Sabah Sejahtera’