Home Artikel PAS Sabah

Qurban Perdana dan Rumah Terbuka Aidil Adha

185 views
SHARE


Tawau : Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat bersama PAS Kawasan Kalabakan, Dun Tg.Batu dan Parlimen Kalabakan telah mengadakan qurban perdana dan sambutan rumah terbuka Aidil adha.

Program bermula dari pukul 7.00 pagi hingga 2.00 petang. Program dimulai dengan ibadah qurban. Terdapat tiga ekor lembu yang disembelih pada pagi itu.

Program sembelihan melibatkan penduduk kampung bersama rombongan Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat serta ahli PAS Kawasan Kalabakan.


Program sembelihan, melapah daging dan edaran daging dilaksanakan dengan kerjasama JIBG PASTI Pra Tahfiz Kalabakan.
Agihan daging telah di sampaikan oleh AJK PAS Pusat Dr Rosni Adam bersama anggota Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan PAS Pusat Ustaz Norazli Musa,  Razak  Mohammad serta  Usman Madeaming.


Program ini meriah dengan kehadiran  masyarakat Tawau, khususnya penduduk sekitar Dun Tanjung Batu yang terdiri dari pelbagai bangsa. Ini menyerikan lagi rumah terbuka Aidil Adha Dun Tanjung Batu yang diadakan di Tanjung Batu Keramat pada 3 September 2017.

Program Qurban Perdana dan Rumah Terbuka Aidil Adha yang julung kali diadakan ini amat menggembirakan rakyat khususnya golongan kurang berkemampuan. Pelbagai hidangan  juadah seperti kuih,roti canai, daging dan sup daging qurban turut di hidangkan. Selain itu, persembahan dari pelajar-pelajar Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Pra Tahfiz Kawasan Kalabakan turut memeriahkan suasana. Turut memeriahkan sambutan rumah terbuka ialah busker jemputan. Kaunter pendaftaran  untuk pendaftran PASTI dan ahli PAS turut di buka.
 
Majlis ini telah di rasmikan oleh Dr Rosni Adam selaku Pengerusi Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan PAS Pusat.

Rumah Terbuka tersebut juga diserikan dengan kehadiran beberapa orang rombongan daripada Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS pusat.

PAS Kawasan Kalabakan merakamkan jutaan terima kasih kepada masyarakat setempat yang telah menyambut baik kedatangan PAS sebagai penganjur qurban perdana dan Rumah Terbuka tersebut.

Hal ini membuktikan bahawa PAS tidak lagi menjadi nama yang asing dan ditakuti atau tidak diterima oleh masyarakat, bahkan PAS semakin kedepan dalam melakukan aktiviti kemasyarakatan. {jathumbnail off}