Home Artikel PAS Selangor

Pusat Wanita Berdaya (PWB) Dun Bangi Bantu OKU Jana Pendapatan

143 views
SHARE

BANGI, 29 Januari 2018 – Inisiatif yang diambil oleh Pusat Wanita Berdaya (PWB) DUN Bangi dengan kerjasama Persatuan OKU Berdaya Hulu Langat, Pusat Khidmat ADUN Bangi dan Masjid Hasanah untuk menganjurkan Bengkel OKU Bisnes Online telah membantu golongan kelainan upaya (OKU) menjana pendapatan dari rumah.

Ilmu berkenaan cara pemasaran produk menggunakan Facebook dan Instagram telah diberikan kepada peserta OKU pelbagai kategori seperti pendengaran, penglihatan, fizikal dan autisme.

Sambutan bengkel ini sangat memberansangkan apabila terdapat OKU bukan hanya dari selangor yang hadir, malah ada yang datang dari Perak, Pahang dan Negeri Sembilan.

Menurut pengerusi Persatuan OKU Berdaya Hulu Langat, Tuan Syed Mohamed Abdullah, objektif utama bengkel ini diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran OKU dalam bidang IT.

Selain itu, ia adalah satu medium untuk membimbing peserta memulakan perniagaan atas talian secara kreatif dan memberi motivasi agar peserta ingin menceburi bidang perniagaan.

“Bengkel ini berobjektif untuk memberi ruang kepada OKU meningkatkan kemahiran dalam bidang IT.

“Kita juga ingin membuka peluang kepada golongan OKU untuk meningkatkan kemampuan mereka menjana pendapatan dan berdikari melalui FB dan Instagram.”

Program ini telah memberi kesan positif kepada peserta yang hadir dan memberi semangat kepada mereka menjana pendapatan walau dari rumah.

Kebanyakan dari mereka mencadangkan agar siri ke-2 bengkel ini dapat dianjurkan pada masa akan datang.