Home Artikel PAS Selangor

Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Chempaka Menganjurkan Program English@Chempaka

37 views
SHARE

Pusat Khidmat Masyarakat(PKM) ADUN Chempaka menganjurkan Program English@Chempaka pada 27 hingga 30 November 2017 bertempat di Galeri MPAJ,Pandan Indah. Kehadiran peserta adalah seramai 121 orang.
    Masa program bermula pada jam 9.00 pagi dan bersurai jam 12.00 tengah hari untuk setiap hari selama 4 hari. Pensyarah dari Universiti tempatan dijemput untuk sesi tutorial. Sijil penyertaan dan jamuan ada disediakan oleh pihak PKM ADUN Chempaka. Program ini dimeriahkan dengan acara pembentangan berkumpulan. Pelbagai gaya dipersembahkan oleh setiap kumpulan. Program sebegini amat baik untuk pelajar-pelajar pada cuti persekolahan. Supaya mereka terdedah kepada program-program ilmu. Terima kasih kepada PKM ADUN Chempaka, peserta, pensyarah dan pihak yang terlibat.