Home Kenyataan Media PAS Kelantan

PRU14: Taktik keluar PAS masuk Umno lebih kerap

662 views
SHARE

PAS menjangka taktik mengumumkan ahli dan penyokong PAS menyertai Umno akan diuar-uarkan lebih kerap lagi, sebagai petanda pilihan raya umum (PRU) ke-14 semakin dekat.

Setiausaha PAS Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, pengalaman seperti itu pasti berlaku setiap kali menjelang pilihan raya diadakan.

Katanya, ia sebagai petanda PRU semakin dekat apabila Umno menggunakan senjata terakhir bagi menggambarkan kelemahan pihak lawan.

“Saya melihat kemasukan Umno sebagai petanda pilihan raya akan diumumkan tidak lama lagi.

“Mereka keluar masuk kampung mencari penyokong PAS yang kecewa dan rasa tidak puas hati kepada pimpinan. Pergi cari dan isytihar masuk Umno,” katanya selepas menyerah jentera pertanian di Pejabat Pertanian Lundang hari di Kota Bharu, hari ini.

Baru-baru ini media melaporkan 50 bekas ahli PAS di Dun Tendong menyertai Umno. Ketua kumpulan berkenaan diketuai Mat Zahid Junoh di Kampung Paloh.

Bagaimanapun Adun Tendong, Rozi Muhamad berkata, hanya lima orang keluarga bekas ahli PAS itu yang dikatakan menyertai Umno pada program berkenaan. – HARAKAHDAILY 9/10/2017