Home Artikel PAS Sarawak

PRU14: PAS Samarahan Persiap Kesediaan Jentera

87 views
SHARE

Oleh: SYAURAH FATIHAH YUSOF

Samarahan, 14 Jan: PAS Cawangan Kota Samarahan bersiap siaga menghadapi PRU14 dengan menganjurkan Bengkel Calon: Intensif PRU14 yang berlangsung di PASTI Raudhatul Ilmi 4, di sini hari ini.

Antara pendedahan diberikan kepada para peserta adalah modul berjudul ‘Kita Mesti Tahu Pengurusan Kewangan’, ‘Apakah Yang Saya Bawa’, ‘Betulkah Imej Saya’, serta bengkel ‘tagline’ dan pengucapan awam.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya I PAS Sarawak, Zulkipli Ramzi, imej calon dan persediaan asas jentera adalah amat penting dalam persiapan bagi berhadapan PRU14.

Turut mengisi slot adalah Timbalan Ketua Pemuda PAS Sarawak, Zharudin Narudin yang membentangkan mengenai imej dan pengucapan awam.

Bekas calon Dun Muara Tuang itu berharap persiapan jentera PAS seperti itu akan memberi tambah nilai dalam rangka mereka mendekati pengundi.