Home Kenyataan Media PAS Kelantan

PRU 14: PAS tiada masalah agihan kerusi

720 views
SHARE

PAS tidak menghadapi masalah pembahagian kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) tidak lama lagi berbanding Pakatan Rakyat (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Dato’ Che Abdullah Mat Nawi berkata, sehingga kini pembahagian kerusi dalam Gagasan Sejahtera tidak berbangkit bahkan persediaan menghadapi PRU semakin mantap.

Katanya, PAS sebagai penerajui Gagasan Sejahtera dalam blok ketiga selepas BN dan PH disertai empat parti dan 100 Badan Bukan Kerajaan (NGO).

“NGO termasuk yang menyokong Umno sebelum ini pun bergabung di bawah Gagasan Sejahtera menyokong PAS kerana mereka nampak parti-parti yang ada sekarang terpalit banyak masalah,” katanya di sini semalam.

Beliau ditemui selepas merasmikan penutup Karnival Keusahawanan dan Pertanian Desa anjuran Majlis Daerah Pasir Puteh di perkarangan Pasar Siti Hajar Pasir Puteh. – HARAKAHDAILY 28/12/2017