Home Artikel PAS Perak

Program Ziarah Kebajikan Dekati Rakyat Akar Umbi

70 views
SHARE

PROGRAM ZIARAH KEBAJIKAN DEKATI RAKYAT AKAR UMBI
Oleh : Ez

CHANGKAT JERING , 11 Disember – PAS Bukit Gantang melalui Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan meneruskan aktiviti ziarah berkebajikan dengan mengunjungi dan memberi sumbangan kepada masyarakat yang kesusahan di Kampung Banggol Nering dalam DUN Changkat Jering, di sini.

Ahli Parlimen Bukit Gantang , Ustaz Idris Ahmad mengetuai pasukan ziarah berkebajikan yang turut disertai oleh Pengarah MTD Changkat Jering , Tn. Hj. Bad Ali , pimpinan pemuda , muslimat dan Ahli Jawatankuasa kebajikan kawasan.

Ziarah berkebajikan kali ini melibatkan pemberian bantuan keperluan asas kepada 15 keluarga miskin , Orang Kurang Upaya ( OKU ) , warga emas , orang sakit dan ibu tunggal.

Aktiviti ziarah kebajikan ini yang bermula pada pukul 9 pagi berakhir kira-kira pukul 11.30 pagi.